PAPAR: Pemerkasaan bidang keusahawanan giat dilaksanakan di bawah Aspirasi Murni Dun Pantai Manis 2030 bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di kawasan ini menjelang tahun 2030.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Datuk Pengiran Sarifuddin Pengiran Tahir Petra berkata pelbagai inisiatif telah dan sedang dirangka bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan khususnya dalam kalangan usahawan mikro, kecil dan sederhana (IKS) di kawasan berkenaan.
Beliau menyatakan antara usaha yang telah dilaksanakan ialah penganjuran program pertemuan usahawan dan majikan menerusi platform khas yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam satu suasana ‘one-stop centre’.
“Sebagai contoh kita telah mengadakan satu sesi perhimpunan melibatkan usahawan serta majikan di Sabah Agricultural Industrial Fund (Saif) yang menyediakan kemudahan pameran.
Advertisement






