Fri, 8 May 2026
Headlines:
Polis Sabah digesa tinggalkan stigma, guna khidmat kaunseling
Published on: Thursday, May 07, 2026
Published on: Thu, May 07, 2026
By: Sisca Humphrey, Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Polis Sabah digesa tinggalkan stigma, guna khidmat kaunseling
AZHAR (tengah) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penceramah disaksikan oleh Ahsmon (kiri).
Kota Kinabalu: Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah digesa supaya meninggalkan stigma terhadap perkhidmatan kaunseling dan mendapatkan sokongan psikologi bagi menghadapi cabaran tugas kepolisan yang semakin mencabar.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah SAC Datuk Mohd Azhar Hamin berkata, kesejahteraan mental amat penting bagi memastikan tahap kecemerlangan operasi pasukan sentiasa terpelihara.

Advertisement
Beliau menggalakkan anggota dan kakitangan polis untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kaunseling dan sokongan yang disediakan sempena Karnival Pengurusan Kewangan, Pentadbiran Harta Pusaka, Kebajikan dan Pengurusan Psikologi Kontinjen Sabah.

Azhar turut mengingatkan anggota pasukan supaya meningkatkan literasi kewangan dan mengurus kewangan dengan bijak bagi mengelakkan kesulitan pada masa hadapan termasuk isu hutang, harta pusaka dan wasiat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya perancangan kewangan yang lemah boleh memberi beban kepada ahli keluarga dan orang tersayang.

Beliau turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan anggota polis termasuk aspek penginapan, rawatan kesihatan serta keperluan berkaitan tugas.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan karnival tersebut sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD KK) pada Rabu.

Turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan Sabah SAC Datuk Ahsmon Bajah, manakala hampir 500 pegawai, anggota dan kakitangan awam menghadiri program berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here