Sun, 10 May 2026
Headlines:
Keselamatan sempadan Sabah terkawal
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Keselamatan sempadan Sabah terkawal
MOHD Sofi (kanan) melawat ruang pemeriksaan gigi bagi murid sekolah yang turut dijalankan sempena program tersebut.
TAWAU: Tahap keselamatan di kawasan sempadan negara, khususnya di Pulau Sebatik, Malaysia berada dalam keadaan terkawal meskipun isu persempadanan semula wilayah Malaysia - Indonesia terus menjadi polemik semasa.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Malaysia (TDM), Lefternan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi berkata, perkara itu dicapai menerusi operasi dan kawalan keselamatan yang dilaksanakan pihak berkuasa negara ini.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan turut merancang membina empat buah pos kawalan di sempadan di Pulau Sebatik demi memperkasakan keadaan keselamatan sedia ada ketika ini.

Katanya, setiap satu pos kawalan tersebut masing-masing akan didiami oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM); dan Pasukan Gerakan Am - PGA (PDRM).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Satu pos lagi adalah pos gabungan antara Polis Diraja Malaysia -PDRM ataupun PGA dan TDM, serta satu  lagi adalah pos gabungan bersama antara TDM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI),” katanya.

Dengan adanya pos-pos kawalan sempadan tersebut, beliau yakin aspek keselamatan sempadan sedia ada akan dipertingkatkan secara lebih teratur dan tersusun, khususnya dengan kewujudan kerjasama antara semua agensi seperti PGA (PDRM) dan TNI.

Advertisement
Katanya, kesemua empat projek berkenaan sudahpun diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk disiapkan dan beberapa projek itu kini di peringkat perancangan seperti perolehan tanah dan proses tender sebelum fasa seterusnya, yang dijangka mengambil masa setahun.

Mohd Sofi berkata demikian dalam sidang media sempena Program Pelan Strategik Pertahanan Negara di SK Bergosong, Pulau Sebatik, di sini, pada Khamis. Hadir sama, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Shamshor Jaafar dan Panglima Briged ke-13 Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Jagjit Singh A/L Indar Singh.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata TDM sentiasa melaksanakan misi yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dalam aspek keselamatan - menjaga persempadanan negara berdasarkan perkara dipersetujui oleh kedua-dua negara, termasuk isu berbangkit berkaitan persempadan semula.

Menurutnya, hubungan baik TDM dengan TNI Angkatan Darat berhasil melaksanakan pelbagai aktiviti sempadan, misalnya menerusi Patrol Terkoordinasi membabitkan anggota tentera darat kedua negara menjalankan rondaan di sempadan.

“Selain daripada aktiviti di sempadan, kita juga mengadakan lawatan timbal balas bagi mengeratkan persefahaman dan hubungan bilateral antara kedua-dua angkatan tentera darat.

“Oleh itu, apa juga keputusan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara, bagi pihak pasukan keselamatan khususnya tentera darat (TDM), kita akan menyokong.

“Apa juga yang kita capai bersama-sama dengan TNI adalah untuk menjaga keselamatan kedua-dua negara… Sebab bukannya kita bergaduh dengan Indonesia, malahan kita bersama-sama untuk mengawal sempadan daripada sebarang aktiviti rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan sebagainya,” katanya.

Mohd Sofi turut menyambut baik langkah yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi pembinaan Tapak Sensor Jarak Jauh (RSS) di Pulau Malawali, Kudat demi memperkasakan keselamatan.

Beliau berpandangan RSS juga wajar dibina di Pulau Sebatik serta kawasan sempadan lain.

Berkenaan kesiapsiagaan menghadapi ancaman hybrid seperti perang siber, Mohd Sofi berkata, pihaknya juga memiliki pakar di bahagian keselamatan siber yang memberi perhatian kepada aspek elektronik berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here