Sun, 10 May 2026
Headlines:
DBKK pantau lampu jalan di Taman Likas Jaya dan Jalan Jesselton
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK pantau lampu jalan di Taman Likas Jaya dan Jalan Jesselton
SEBUAH jentera skymaster digunakan bagi memudahkan kerja-kerja menggantikan talian atas yang rosak di Taman Likas Jaya.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang memantau keadaan lampu jalan di beberapa kawasan sekitar Taman Likas Jaya dan bandar raya ini bagi memastikan orang awam tidak mengalami kesulitan akibat pencahayaan yang kurang memuaskan atau masalah lain berkaitan lampu jalan.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata kontraktor elektrik agensi itu telah diarahkan menjalankan pemeriksaan berkala terhadap lampu jalan di Lorong Kenari 5, Lorong Kenari 4 dan Jalan Jesselton.

Advertisement
Menurutnya sebahagian kabel talian atas aluminium PVC bersaiz 16 milimeter di dua jalan perumahan di Likas didapati putus.

“Kakitangan kontraktor telah menggantikan tiga bahagian kabel dengan jumlah keseluruhan sepanjang kira-kira 180 meter,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
TIANG ini yang terletak di sepanjang  jalan utama berhampiran JQ Central didapati condong dan berada dalam keadaan berbahaya.Jurucakap berkata kabel yang terputus di Lorong Kenari 5 dipercayai mungkin rosak akibat angin kencang yang lazim berlaku sebelum hujan lebat di bandar raya ini.

“Talian atas itu berkemungkinan tersangkut pada pokok semasa hujan lebat berlaku. Juruteknik kami juga mendapati di banyak lokasi, cahaya lampu jalan terlindung oleh dahan panjang dan dedaunan yang lebat,” ujarya.

Advertisement
Jurucakap itu berkata pemerhatian berkaitan keadaan di Lorong Kenari 5 telah dimaklumkan kepada Jabatan Landskap DBKK.

Seorang jurucakap jabatan berkenaan berkata pasukan Unit Pokok kemudiannya menjalankan kerja penyelenggaraan terhadap kawasan penghijauan sepanjang kira-kira 271.6 meter di jalan tersebut.

Advertisement
“Lapan pekerja kami, termasuk yang menggunakan gergaji rantai, menjalankan kerja pemangkasan dahan yang menghalang ruang udara lampu jalan di kawasan itu.

“Sebuah jentera skymaster dan lori terbuka lapan tan turut digunakan bagi memudahkan kerja berkenaan,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai kekerapan kerja pemangkasan dilakukan beliau berkata penyelenggaraan sedemikian dijalankan secara ad hoc mengikut keperluan semasa.

“Bagaimanapun demi memastikan lampu jalan terus berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan sempurna, kakitangan kami diminta memantau keadaan pokok-pokok di kawasan itu serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang masalah,” katanya.

Jurucakap itu memaklumkan semakan rekod pihaknya mendapati seorang pembayar cukai di Taman Likas Jaya pernah menghubungi agensi berkenaan berkaitan masalah lampu jalan di Lorong Kenari 4 hampir setahun lalu.

“Pemilik rumah yang sama turut melaporkan masalah pencahayaan di Lorong Kenari 5 pada Disember.

“Dalam kedua-dua kes juruteknik kami telah dimaklumkan mengenai aduan tersebut dan masalah lampu jalan berkenaan telah diselesaikan tidak lama selepas itu,” jelasnya.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya percaya lampu tersebut mungkin mengalami kerosakan semula selepas itu namun tidak diselenggara semula sehingga baru-baru ini.

“Untuk sebab tertentu, kerosakan itu tidak diberi perhatian sehinggalah kebelakangan ini,” katanya.

Kontraktor yang bertanggungjawab turut ditegur berhubung kelewatan berbulan-bulan dalam menyelesaikan isu berkenaan, menurut beliau.

“Kami telah meminta pihak berkenaan untuk lebih bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan lebih pantas dalam penyelenggaraan lampu di kawasan Likas ini supaya kelewatan seperti ini tidak berulang.

KAKITANGAN kontraktor melakukan  pemeriksaan bagi memastikan lampu jalan serta  tiang berkaitan di sepanjang Jalan Jesselton berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.“Kakitangan kanan kami juga akan memantau prestasi kontraktor bagi memastikan arahan ini dipatuhi,” ujarnya.

Bagi Jalan Jesselton pula jurucakap itu berkata pemeriksaan telah dilakukan terhadap aset agensi berhampiran pusat komersial JQ Central beberapa hari selepas DBKK dihubungi pihak media.

“Pihak kami mendapati tiang yang menyokong talian atas di kawasan berkenaan telah rosak.

“Kami percaya ia berkemungkinan dilanggar oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab kerana tiang tersebut didapati bengkok pada sudut yang tidak normal,” maklumnya.

Beliau berkata kontraktor yang bertanggungjawab menyelenggara lampu di kawasan tersebut telah kembali pada malam yang sama untuk menanggalkan tiang yang terjejas.

Juruteknik kontraktor berkenaan turut menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan semua lampu di kawasan itu berfungsi dengan baik seperti sepatutnya.

Sebelum ini Sabah Electricity (SE) telah dimaklumkan mengenai kejadian di Jalan Jesselton tersebut.

Jurucakap SE berkata pihaknya tidak dapat campur tangan dalam isu berkenaan kerana tiang serta kabel yang terlibat bukan milik syarikat itu.

“Paling jauh yang boleh kami lakukan adalah memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengenai aduan berkenaan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here