Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Diskaun 70 peratus di Bataras dari 15 April hingga 30 Jun
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Diskaun 70 peratus di Bataras dari 15 April hingga 30 Jun
ARMIZAN (kanan) meninjau antara produk barangan yang termasuk dalam kempen itu.
PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyeru lebih banyak syarikat serta industri dalam sub-sektor peruncitan menyertai inisiatif penurunan harga barangan.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah proaktif pemain industri seperti Pasaraya Bataras Sdn Bhd menerusi Kempen Turun Harga @ Bataras wajar dijadikan contoh dalam usaha bersama meringankan beban kos sara hidup rakyat ketika ini.

Advertisement
Menurutnya, penyertaan lebih ramai peruncit amat penting khususnya dalam keadaan ekonomi global yang masih terkesan akibat konflik berterusan di Asia Barat yang memberi impak kepada rantaian bekalan serta harga barangan di pasaran.

“Bukan sahaja pengguna bahkan syarikat-syarikat termasuk peruncit turut berdepan cabaran kesan daripada konflik Asia Barat yang menjejaskan bekalan global yang akhirnya memberi tekanan kepada penawaran dan harga barangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru itu, KPDN amat mengalu-alukan lebih banyak syarikat untuk meneladani usaha Bataras dengan melaksanakan program penurunan harga masing-masing demi manfaat rakyat,” katanya selepas merasmikan kempen itu, di sini, pada Ahad.

Hadir sama Adun Pantai Manis Datuk Pengiran Sarifuddin Pengiran Tahir Petra dan Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim.

Advertisement
Kempen yang berlangsung dari 15 April hingga 30 Jun itu dilaksanakan di semua 58 cawangan pasar raya itu di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ia menawarkan diskaun antara tiga hingga 70 peratus membabitkan kira-kira 9,000 barangan keperluan harian terpilih.

Advertisement
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen sebahagian pemain industri dalam membantu kerajaan menangani isu kos sara hidup melalui pendekatan kerjasama menyeluruh.

“Usaha seperti ini juga adalah selari dengan pendekatan ‘whole-of-nation’ yang digerakkan kerajaan dalam mendepani cabaran global, termasuk ketidaktentuan bekalan susulan konflik geopolitik.

“Kita maklum bahawa konflik di Asia Barat yang berlarutan sejak Februari lalu dijangka tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat malah pemulihan infrastruktur tenaga di rantau Timur Tengah yang terjejas juga akan mengambil masa,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here