Sat, 30 May 2026
Headlines:
Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di ladang
Published on: Monday, May 04, 2026
Published on: Mon, May 04, 2026
By: Azmie Lim, Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di ladang
SEMPORNA: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di sebuah ladang di Kampung Lihak-Lihak pada 24 April.

Ketua Polis Daerah Supt Tan Hiap Wah dalam satu kenyataan pada Ahad berkata bayi itu ditemui pada jam 7.30 malam dalam keadaan dibalut dengan sehelai kain oleh orang awam.

Advertisement
Bayi itu diserahkan kepada ketua kampung sebelum dibawa ke Balai Polis Lihak-Lihak dan kini berada di Hospital Semporna.

“Bayi seberat kira-kira 3 kilogram itu berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas diberikan rawatan, bayi berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan (pendedahan dan pembuangan kanak-kanak) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di 089-782020 atau Pegawai Penyiasat Insp Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di 013-7557293 atau hadir ke balai polis berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here