Fri, 29 May 2026
Headlines:
Dera: Bapa didakwa bunuh bayi lelaki
Published on: Tuesday, May 26, 2026
Published on: Tue, May 26, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dera: Bapa didakwa bunuh bayi lelaki
LABUAN: Seorang bapa berusia 37 tahun yang didakwa membunuh bayi lelakinya berusia dua bulan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Isnin.

Lelaki itu dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr Melissa Chia Pui Fu yang bersidang sebagai majistret namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Asisten Superintendan Polis (ASP) Ruslan Tarai hadir bagi pihak pendakwaan.

Tertuduh didakwa membunuh bayi itu pada jam 2.40 pagi, 9 Mei lalu di Labuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes dan kira-kira 22 saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan.

Advertisement
Sementara menunggu tarikh tersebut tertuduh diperintahkan direman lanjut sehingga kes selesai.

Difahamkan hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat hentakan objek tumpul selain beberapa kesan patah tulang rusuk lama.

Advertisement
Polis berkata siasatan mendapati suspek dipercayai mencederakan anak kandungnya itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here