Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
RM174.45 juta untuk perkukuh pelancongan, warisan budaya Sabah
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: Jozie John
Text Size:
Text:
RM174.45 juta untuk perkukuh  pelancongan, warisan budaya Sabah
Tun Musa bergambar kenangan pada sambutan Hari Etnik Sabah di SICC.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM174.45 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta jabatan dan agensinya tahun ini bagi memperkukuh industri pelancongan dan memelihara warisan budaya Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata selain merangsang ekonomi negeri, inisiatif itu turut menyumbang kepada usaha pemuliharaan nilai warisan budaya serta kelestarian alam semula jadi.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM38.70 juta bagi menambah baik fasiliti dan infrastruktur sedia ada, termasuk pelaksanaan beberapa projek utama tahun ini.

Antara projek terbabit ialah menaik taraf kemudahan di Taman Peringatan Perang Petagas, pembinaan Muzium Etnik Ranau, menaik taraf Pusat Kebudayaan Penampang serta peningkatan produk pelancongan di Pusat Kebudayaan Murut Tenom.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif memperkasa warisan dan budaya Sabah melalui pembangunan Pemetaan Budaya Etnik 2026-2030 bagi memastikan kepelbagaian etnik didokumentasi secara sistematik untuk rujukan generasi kini dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hari Etnik Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Sabtu.

Advertisement
Ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman berkenan melancarkan Majlis Hari Etnik Sabah itu.

Advertisement
Hajiji berkata usaha berterusan itu penting bagi memastikan budaya tempatan kekal relevan dalam dunia yang sentiasa berubah, di samping dipelihara oleh generasi muda.

Beliau berharap persatuan etnik di negeri ini terus membangunkan kebudayaan, adat dan bahasa masing-masing agar tidak pupus, selain memperkasa produk budaya sebagai tarikan pelancong.

“Usaha ini diyakini mampu membantu meningkatkan kehadiran pelancong sekali gus mencapai sasaran empat juta pelancong ke Sabah tahun ini,” katanya.

Menurutnya, penganjuran Hari Etnik Sabah menjadi wadah meraikan kepelbagaian budaya dan warisan etnik, selain simbol keharmonian serta perpaduan rakyat negeri ini.

Katanya, penganjuran yang memasuki tahun keenam itu turut menampilkan elemen baharu iaitu perarakan budaya yang menghimpunkan pelbagai etnik dari seluruh Sabah.

“Bertepatan dengan tema sambutan tahun ini, ‘Budaya Kita, Kita Jaga’, ia menuntut tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara budaya sebagai asas jati diri, perpaduan sosial dan kebanggaan rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk badan kebudayaan berasaskan etnik dan penggiat seni yang menjayakan sambutan berkenaan.

“Hari Etnik bukan sahaja platform memperkenalkan khazanah warisan etnik, malah membuktikan perbezaan agama, budaya dan latar belakang bukan jurang pemisah, sebaliknya kekuatan yang memperkayakan identiti Sabah serta memperkukuh perpaduan rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here