Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Kebun Dapur peringkat daerah Beaufort dilancar 16 Mei
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kebun Dapur peringkat daerah Beaufort dilancar 16 Mei
RUSLAN (empat dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta di program itu.
BEAUFORT: Program Kebun Dapur peringkat daerah Beaufort bakal dilancarkan pada 16 Mei depan sebagai inisiatif memperkasa keterjaminan makanan dan ekonomi isi rumah khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata program berkenaan dijangka memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat melalui penawaran pelbagai input pertanian pada harga rendah malah sebahagiannya akan diberikan secara percuma.

Advertisement
“Antara tarikan utama program itu ialah agihan benih sayur-sayuran secara percuma kepada pengunjung selain jualan anak ternakan seperti ayam, itik dan puyuh pada kadar harga yang jauh lebih rendah berbanding pasaran.

“Selain itu pelbagai jenis anak benih tanaman turut dijual dengan harga mampu milik bagi menggalakkan lebih ramai penduduk memulakan aktiviti pertanian berskala kecil di rumah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri tetapi juga membantu menjana pendapatan tambahan melalui hasil Kebun Dapur,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Asas Fertigasi, Hidroponik dan Ternakan Kambing pada Ahad.

Ruslan berkata menariknya program itu akan turut menampilkan model-model Kebun Dapur yang sesuai untuk kawasan kediaman terhad atau tidak mempunyai tanah luas termasuk konsep penanaman secara bertingkat dan penggunaan ruang minimum.

Advertisement
Katanya pengunjung juga berpeluang melihat sendiri contoh susun atur kebun moden serta mendapatkan idea untuk dilaksanakan di kediaman masing-masing sama ada secara DIY atau dengan mendapatkan set lengkap yang tersedia di pasaran.

“Reruai pameran daripada pelbagai agensi dan jabatan berkaitan khususnya di bawah Maffi akan turut dibuka sepanjang program Kebun Dapur ini berlangsung.

Advertisement
“Setiap reruai bukan mempamerkan produk dan perkhidmatan berkaitan pertanian malah menyediakan sesi penerangan dan khidmat nasihat kepada pengunjung mengenai teknik penanaman, penternakan serta peluang bantuan yang ditawarkan kerajaan.

“Penganjuran program ini nanti diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Kebun Dapur sebagai langkah praktikal dalam menangani kos sara hidup, di samping memperkukuh sekuriti makanan di peringkat komuniti,” katanya.

Bercakap mengenai kursus asas fertigasi, hidroponik dan ternakan kambing itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan memaklumkan seramai 48 peserta telah menyertai kursus anjuran Koperasi Belia Dun Lumadan itu.

Beliau berkata penganjuran kursus itu amat signifikan dalam memberi pendedahan awal kepada golongan belia dan usahawan kecil mengenai kaedah pertanian moden dan penternakan yang lebih sistematik.

“Kita amat menghargai usaha pihak yang berjaya membawa pegawai daripada jabatan pertanian dan veterinar untuk berkongsi ilmu secara langsung kepada peserta kerana melalui kursus ini peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan asas, malah dapat memahami kaedah terbaik untuk memulakan atau mengembangkan projek masing-masing,” katanya.

Menurutnya peserta yang hadir juga terdiri daripada individu yang sudah mengusahakan aktiviti pertanian serta mereka yang baharu ingin menceburi bidang itu.

Sehubungan itu beliau yakin ilmu asas yang diperoleh mampu menjadi pemangkin kepada peserta untuk meningkatkan hasil pengeluaran, sekaligus menjana pendapatan lebih stabil.

“Kursus ini turut membuka ruang jaringan antara peserta bagi bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklumat lanjut secara lebih dekat, selain daripada bimbingan yang diberikan oleh penceramah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here