Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki didenda RM30,000 gara-gara hantaran jelik
Published on: Wednesday, April 29, 2026
Published on: Wed, Apr 29, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Lelaki didenda RM30,000 gara-gara hantaran jelik
Kesalahan itu, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2), memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, serta denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.
KENINGAU: Seorang lelaki berusia 41 tahun didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda selepas memuat naik kenyataan berunsur jelik di media sosial.

Hakim Mahkamah Sesyen Nur Ashikin Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Azri Sahlam yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada Selasa.

Advertisement
Bagaimanapun, dia membayar denda itu pada hari sama sebelum tempoh akhir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana dengan sengaja membuat dan menghantar komunikasi jelik melalui Facebook.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2), memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, serta denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Mengikut pertuduhan, Azri menggunakan akaun Facebook atas nama “Azri Ale” untuk memuat naik kenyataan dengan niat mengganggu orang lain.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan pada 22 Disember 2025, kira-kira jam 12.47 tengah hari di Kampung Menampung, Jalan Apin-Apin, di sini.

Hantaran berkenaan kemudiannya dikesan pada 24 Disember 2025, sekitar jam 5 pagi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya, Selangor.

Advertisement
Pegawai pendakwa Mohamad Azmir Mohd Razali dan Siti Hajar Suliaman dari Jabatan Komunikasi dan Multimedia melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here