Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Hotel didenda RM20,000 operasi lif tanpa sijil sah
Published on: Wednesday, April 29, 2026
Published on: Wed, Apr 29, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Hotel didenda RM20,000 operasi lif tanpa sijil sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 27D(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27D(5) dengan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM20,000 kerana mengendalikan lif penumpang tanpa sijil sah yang dikeluarkan oleh pegawai daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) atau individu yang diberi kuasa.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap pihak hotel selepas wakilnya mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada Selasa.

Advertisement
Kesalahan itu berlaku pada jam 11.30 pagi, 7 Oktober 2025, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 27D(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27D(5) dengan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah diberitahu bahawa pemeriksaan rutin di hotel berkenaan mendapati sijil bagi dua lif penumpang telah tamat tempoh pada 10 Januari 2025.

Siasatan lanjut mendapati walaupun lif terbabit mempunyai nombor pendaftaran, ia tetap beroperasi tanpa sijil sah bermula 11 Januari 2025 hingga 7 Oktober 2025.

Advertisement
Lif berkenaan dimiliki oleh syarikat terbabit.

Pegawai Pendakwa DOSH Christy Claire De Guzman tampil untuk pendakwaan manakala syarikat itu diwakili peguam Vanessa Maria Marimuttu.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here