Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Kesedaran mengenai penyakit buah pinggang masih rendah di Sabah
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
Text Size:
Text:
Kesedaran mengenai penyakit buah pinggang masih rendah di Sabah
Kota Kinabalu: Tahap kesedaran masyarakat di Sabah mengenai penyakit buah pinggang masih berada pada tahap membimbangkan, kata Ketua Unit Nefrologi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Chan Fei Sia.

Dr. Chan berkata, penyakit buah pinggang dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal sehingga keadaan menjadi serius.

Advertisement
“Pesakit biasanya tidak mempunyai simptom sehinggalah penyakit berada di tahap yang sudah teruk. Sebab itu kesedaran dan saringan awal sangat penting,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat hospital berkenaan.

Menurutnya, bilangan pesakit buah pinggang serta mereka yang memerlukan rawatan dialisis dilihat semakin meningkat setiap tahun, sekali gus menuntut tindakan proaktif daripada masyarakat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu, sambutan tahun ini memberi fokus kepada usaha menggalakkan orang awam tampil menjalani saringan kesihatan, khususnya bagi golongan berisiko.

“Jika kita dapat kenal pasti lebih awal, pesakit boleh dirujuk ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut seperti ujian darah dan air kencing,” jelasnya.

Advertisement
Tambahnya, saringan terbuka kepada orang awam berumur 18 tahun ke atas, namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai faktor risiko seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah kolesterol serta sejarah penyakit buah pinggang dalam keluarga.

Dalam pada itu, Dr. Chan memaklumkan kemudahan saringan asas boleh diperoleh di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran serendah RM1.

Advertisement
“Dengan bayaran minimum, orang ramai boleh mendapatkan ujian untuk mengetahui status kesihatan mereka. Ini adalah langkah penting untuk mencegah penyakit menjadi lebih serius,” katanya.

Dia berharap kempen kesedaran seperti ini dapat membantu mengesan penyakit pada peringkat awal, seterusnya melambatkan perkembangan penyakit dan mengurangkan keperluan rawatan dialisis pada masa hadapan.

Orang ramai turut disarankan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, mengurangkan pengambilan garam, bersenam secara berkala serta memastikan penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi sentiasa terkawal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here