SEMPORNA: Seramai 75 murid membabitkan enam sekolah rendah di daerah ini menerima bantuan keseluruhan bernilai RM25, 000.
Sumbangan berkenaan memperlihatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) terus komited melaksanakan program sumbangan kebajikan dan pendidikan untuk anak-anak memerlukan termasuk di sekolah-sekolah luar bandar.
Pemangku Ketua Divisyen Sumber Dana Yapeim Tengku Idzmul Aziim Tengku Alang berkata usaha itu bertujuan untuk memastikan nasib golongan pelajar terbela dan tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal di alam persekolahan.
“Bantuan menerusi Program Yapeim Didik disalurkan secara tunai kepada murid-murid yang layak sebagai usaha untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahn mereka.
Advertisement







