Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh, berkata Sabah lebih wajar mendesak Kerajaan Persekutuan menaik taraf sekolah, hospital dan jalan raya berbanding menuntut hak 40 peratus hasil cukai.
“Saya tidak akan minta itu (40 peratus). Saya akan minta mereka naik taraf sekolah dan hospital di Sabah. Itu lebih penting. Nilainya boleh melebihi 40 peratus hasil cukai. Bina dan baik pulih semua kuarters kerajaan. Bina semua jalan. Bekalan air,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Daily Express.
Harris, yang memegang jawatan Ketua Menteri dari 1976 hingga 1985, berkata perbelanjaan Persekutuan bagi pendidikan dan kesihatan sahaja di Sabah berkemungkinan melepasi ambang 40 peratus, sekali gus menjadikan perdebatan berpanjangan mengenai peruntukan di bawah Perjanjian Malaysia sebagai tidak lagi perlu.
“Katakanlah mereka beri 40 peratus. Mereka juga biayai pendidikan dan kesihatan, mungkin itu sudah lebih 40 peratus. Mereka boleh buat begitu. Parlimen boleh buat begitu,” kata Harris, 96.
Advertisement







