Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Sabah capai 94.45 peratus saringan pendengaran bayi tahun lalu
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
Text Size:
Text:
Sabah capai 94.45 peratus saringan pendengaran bayi tahun lalu
ABDUL Kahar (dua dari kanan) ketika gimik perasmian Hari Pendengeran Sedunia 2026.
Kota Kinabalu: Sabah mencatat pencapaian 94.45 peratus bayi baru lahir berjaya menjalani saringan pendengaran pada 2025 melepasi sasaran 85 peratus yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Hospital Queen Elizabeth Datuk Dr Abdul Kahar Abdul Asis berkata pengesanan awal dan intervensi tepat pada masanya amat kritikal bagi mencegah masalah komunikasi serta pembelajaran jangka panjang dalam kalangan kanak-kanak.

Advertisement
“Usaha juga dipertingkatkan termasuk permohonan tambahan peralatan bagi memastikan setiap bayi dapat menjalani saringan sebelum discaj dari hospital.

“Kita berdepan pelbagai cabaran termasuk faktor geografi, logistik dan prasarana namun petugas kesihatan tetap komited melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan sampai kepada rakyat,” katanya semasa Majlis Perasmian Hari Pendengaran Sedunia 2026, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, perkhidmatan audiologi di negeri ini tertumpu di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Hospital Tawau dan Hospital Sandakan.

Sementara itu, Ketua Bidang Audiologi Sabah Sitti Ladyia Mohd Salleh berkata program saringan pendengaran bayi universal membolehkan pengesanan awal masalah pendengaran dalam kalangan bayi seawal kelahiran menggunakan teknologi saringan khusus.

Advertisement
“Jika bayi gagal saringan, mereka akan dirujuk untuk ujian diagnostik oleh pegawai audiologis bagi pengesahan lanjut.

“Terdapat 33 audiologis di negeri ini merangkumi sektor kerajaan, swasta dan pendidikan, namun hanya 16 ditempatkan di hospital kerajaan,” ujarnya.

Advertisement
Pakar Otorinolaringologi (ORL) Dr Charlene Patricia Malakun pula menjelaskan saringan awal penting untuk memastikan perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tidak terjejas.

“Bayi perlu dikesan seawal mungkin dan intervensi perlu dilakukan sebelum umur tiga hingga empat tahun bagi mengelakkan kesan jangka panjang terhadap perkembangan bahasa.

“Antara tanda awal masalah pendengaran termasuk bayi tidak memberi respons terhadap bunyi kuat serta tidak menunjukkan perkembangan pertuturan yang normal,” ujarnya.

Menurutnya, intervensi seperti implan koklea boleh dilakukan bagi kes tertentu sebagai usaha pemulihan pendengaran melalui pembedahan mikro yang kompleks namun berkesan jika dilakukan lebih awal.

Sebagai kesinambungan usaha berkenaan, Program Kumpulan Sokongan Ibu Bapa bagi Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran akan diadakan pada 18 April 2026.

Program ini memberi ruang kepada ibu bapa untuk berkongsi pengalaman, memberikan sokongan antara satu sama lain serta memahami mereka tidak bersendirian dalam perjalanan membesarkan anak istimewa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here