Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Kerajaan Negeri akan perkasa sektor pertanian
Published on: Tuesday, April 21, 2026
Published on: Tue, Apr 21, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri akan perkasa sektor pertanian
RUSLAN (dua dari kanan) menyampaikan watikah lantikan kepada salah seorang Pengerusi JKKK di majlis itu.
BEAUFORT: Kerajaan Negeri akan memperkasakan lagi sektor pertanian dan penternakan di Sabah khususnya penanaman padi serta beberapa lagi komoditi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk import luar negara. 

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Mafi) Datuk Ruslan Muharam berkata usaha berkenaan dilihat sebagai langkah strategik bagi menjamin sekuriti makanan selain meningkatkan pendapatan rakyat khususnya golongan petani dan penternak. 

Advertisement
“Kebergantungan tinggi terhadap import makanan ketika ini memberi tekanan kepada ekonomi Sabah terutamanya apabila berlaku ketidaktentuan harga di pasaran global. 

“Sehubungan itu Kerajaan Negeri melalui Mafi mengambil pendekatan proaktif dengan memperkukuh kapasiti pengeluaran tempatan dan nisiatif ini juga sejajar dengan dasar jangka panjang untuk pastikan Sabah mampu berdikari dalam penghasilan makanan asas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam konteks pengeluaran padi, kita menetapkan sasaran untuk meningkatkan tahap Sara Diri (SSL) daripada 19 peratus ketika ini kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Pelbagai pendekatan akan dilaksanakan termasuk penambahbaikan sistem pengairan, penggunaan teknologi moden serta pemberian sokongan kepada pesawah,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Penyerahan Watikan Lantikan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan pada Ahad.

Mengulas lanjut Ruslan berkata langkah itu penting bagi memastikan pengeluaran beras tempatan dapat dipertingkatkan sekaligus mengurangkan keperluan import dari luar negara. 

Advertisement
Selain itu katanya Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada pembangunan kawasan baharu yang berpotensi untuk penanaman padi secara lebih meluas dan usaha bersepadu ini dijangka mampu meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor penanaman padi di Sabah.

“Selain padi Kerajaan Negeri turut fokus kepada pembangunan komoditi lain yang mempunyai nilai ekonomi tinggi seperti nenas varieti MD2 yang mendapat permintaan kukuh di pasaran antarabangsa. 

“Tanaman nenas ini dilihat berpotensi besar untuk dijadikan sumber pendapatan baharu kepada petani tempatan sekiranya diusahakan secara komersial dan sistematik,” ujarnya.

Dalam masa sama katanya kerajaan juga merancang mengurangkan kebergantungan import bagi komoditi penting lainnya seperti gandum, makanan ternakan ayam serta bawang. 

Beliau berkata beberapa kawasan kini sedang dikenalpasti sebagai lokasi sesuai bagi penanaman gandum manakala projek penanaman bawang telah mula diusahakan di Kundasang dan Tenom sekaligus diharap dapat memperkukuh rantaian bekalan makanan domestik.

“Kita menyasarkan pengeluaran bawang merah tempatan mampu mencapai sekurang-kurangnya 20 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang dan sasaran ini dianggap realistik berdasarkan perkembangan semasa serta komitmen yang ditunjukkan oleh para petani tempatan.

“Pelbagai bentuk bantuan termasuk latihan, penyediaan benih berkualiti dan sokongan teknikal akan diberikan bagi memastikan kejayaan projek itu dan turut menggalakkan penglibatan lebih ramai golongan muda dalam sektor pertanian moden,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here