Mon, 20 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Shafie gesa Kerajaan tumpu isu keperluan asas rakyat
Published on: Sunday, April 19, 2026
Published on: Sun, Apr 19, 2026
Text Size:
Text:
Shafie gesa Kerajaan tumpu isu keperluan asas rakyat
Shafie menegaskan walaupun individu perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah, kerajaan harus mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban rakyat, khususnya golongan akar umbi.
KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal, menggesa Kerajaan Sabah memberi tumpuan kepada isu keperluan asas rakyat di peringkat akar umbi susulan kenaikan harga minyak global yang terus menekan kos sara hidup.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Ketua Penerangan parti, Azis Jamman di Darau pada Sabtu, beliau berkata kesan kenaikan harga minyak melebihi AS$100 setong kini mula dirasai menerusi peningkatan kos pengangkutan dan harga barangan.

Advertisement
“Situasi ini berbeza dengan pandemik Covid-19. Ketika itu, perbelanjaan rendah kerana banyak perniagaan ditutup. Kini, perbelanjaan meningkat tetapi kos juga naik dengan ketara,” katanya.

Shafie menegaskan walaupun individu perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah, kerajaan harus mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban rakyat, khususnya golongan akar umbi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita perlu memastikan rakyat dilindungi. Kos pengangkutan meningkat, harga barangan naik dan keadaan ini akan terus menjejaskan rantaian bekalan. Pihak berkuasa perlu mendengar keluhan rakyat dan bertindak sewajarnya,” katanya.

Beliau turut merujuk langkah yang dilaksanakan ketika pentadbirannya sebelum ini, termasuk program bantuan makanan bernilai RM600 juta serta perolehan kit ujian dan bekalan perubatan, sebagai contoh intervensi pantas ketika krisis.

Advertisement
Mengenai isu Pulau Sebatik, beliau menegaskan keperluan ketelusan penuh dalam sebarang rundingan atau keputusan melibatkan sempadan wilayah, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang keputusan besar mesti dibawa ke Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Tiada sempadan boleh diubah tanpa kelulusan sewajarnya,” katanya, merujuk Perkara 2(1) Perlembagaan.

Advertisement
Shafie berkata perbincangan dengan Indonesia boleh dilakukan, namun proses sewajarnya perlu dipatuhi bagi mengelakkan pelanggaran peruntukan undang-undang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here