Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Pemilik kedai didenda miliki produk tidak berdaftar
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pemilik kedai didenda miliki produk tidak berdaftar
Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Kota Kinabalu: Seorang pemilik kedai berusia 38 tahun didenda RM3,000 atau penjara 30 hari oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis kerana memiliki produk farmaseutikal tidak berdaftar.

Kok Shin Yi mengaku bersalah di hadapan Hakim Marlina Ibrahim atas pertuduhan memiliki empat jenis produk tidak berdaftar di premis Make Up By Shinyi di Taman Sri Kepayan pada 4 April 2024 kira-kira jam 11 pagi.

Advertisement
Mengikut pertuduhan antara barangan yang dirampas termasuk suntikan semaglutide dan bahan berkaitan serta krim berasaskan lidocaine.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa produk tersebut disahkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebagai tidak berdaftar serta tidak dinilai dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan.

Menurut pendakwaan semaglutide merupakan ubat preskripsi yang hanya boleh digunakan di bawah pengawasan profesional kesihatan bertauliah.

Advertisement
Mahkamah turut diberitahu bahawa tertuduh bukan seorang profesional kesihatan dan pengendalian produk sedemikian tanpa pengetahuan mencukupi boleh mendatangkan risiko termasuk kesilapan dos dan komplikasi kesihatan.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,200 kata Pegawai Pendakwa Farmasi Siti Nadiah Binti Mohd Nawi.

Advertisement
Pendakwaan turut menegaskan keperluan hukuman berbentuk pencegahan demi kepentingan keselamatan awam memandangkan risiko penggunaan produk farmaseutikal tidak berdaftar.

Dalam rayuan mitigasi Kok memohon hukuman ringan dengan alasan tanggungjawab keluarga termasuk menjaga anak-anak serta ibu bapanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here