Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Titah diraja pulihkan status bebas cukai Langkawi: ‘Sultan betul, sertakan Labuan juga’
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Sohan Das
Text Size:
Text:
Titah diraja pulihkan status bebas cukai Langkawi: ‘Sultan betul, sertakan Labuan juga’
Sultan Sallehuddin dan Fauziah.
LABUAN: Pulau ini tidak seharusnya terus menanggung kesan buruk yang sukar dipulihkan terhadap ekonominya susulan pemansuhan keistimewaan bebas cukai era kolonial oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan daripada PAS, kata aktivis perniagaan Fauziah Datuk Din.

Beliau berharap menteri baharu, Hannah Yeoh, mengambil isyarat daripada Sultan Kedah dan melakukan perkara sewajarnya.

Advertisement
Beliau merujuk kepada titah diraja oleh Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kepada Kerajaan Madani supaya memulihkan sepenuhnya status bebas cukai Langkawi bagi merancakkan semula pelancongan dan ekonomi pulau Wilayah Persekutuan itu.

Sultan Sallehuddin bertitah, beberapa perubahan yang diperkenalkan seperti cukai ke atas kenderaan dan produk berasaskan tembakau telah menghakis kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mengembalikan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan seperti sebelum ini,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, minggu ini.

Di bawah Belanjawan 2025, duti dikenakan ke atas rokok dan produk tembakau yang dibawa masuk ke Langkawi, manakala pengecualian cukai ke atas kenderaan yang dibeli di pulau itu dihadkan kepada harga bawah RM300,000.

Advertisement
Fauziah berkata, ia akan dianggap sebagai dwistandard dan diskriminasi terhadap rakyat di Malaysia Timur sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mengendahkan tuntutan serupa oleh penduduk serta sektor perniagaan di Labuan sejak sekian lama.

Sambil memuji keprihatinan Sultan Kedah, beliau berkata: “Pelancongan Labuan setenat Langkawi dan memerlukan rawatan sama untuk bergerak ke hadapan serta mengembalikan kegemilangan lalu.” Titah Sultan itu turut mendapat sokongan meluas daripada pemain industri pelancongan.

Advertisement
“Status bebas cukai merupakan tarikan terkuat Labuan, dengan pelawat membuat kunjungan berulang. 

“Tarikan alternatif yang diwujudkan untuk menggantikannya gagal mencapai hasil diharapkan,” kata Fauziah yang mengusahakan perniagaan hotel dan pelancongan.

Tidak lama selepas campur tangan terhadap keistimewaan bebas cukai Labuan melibatkan penjualan rokok, pihak berkuasa Persekutuan turut mengenakan had empat tin bir dan satu liter minuman keras yang boleh dibeli pelawat.

Mulai 1 Januari, sekatan tambahan dikenakan apabila kenderaan import bebas cukai melebihi RM300,000 tidak lagi dibenarkan.

Langkah-langkah itu dikaitkan dengan isu “pasaran gelap” yang menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang besar.

“Labuan tidak seharusnya dihukum akibat ketirisan jika penguatkuasaan lemah,” kata Fauziah. 

Beliau berkata Labuan merupakan pulau kecil seluas 92 kilometer persegi dan tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pihak penguat kuasa.

Satu Pasukan Petugas Khas sedang mengumpul pandangan komuniti tempatan bagi menghidupkan semula ekonomi dan difahamkan cenderung kepada pemulihan status yang telah terhakis itu.

Fauziah berharap pasukan itu akan mengemukakan syor susulan titah diraja dan keadaan ekonomi tempatan yang masih belum pulih.

Pasukan petugas berkenaan dipengerusikan bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Lo Sui Fui, dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Mohd Husni Mohamad Salleh.

Terdapat juga gesaan supaya Tan Sri Harris Salleh menjelaskan sama ada berlaku pelanggaran perjanjian oleh kerajaan Persekutuan apabila memansuhkan keistimewaan bebas cukai selepas beliau menyerahkan pulau itu secara percuma pada 1984.

Ramai berpendapat tindakan berdiam diri bekas Ketua Menteri itu tidak adil memandangkan beliau menyerahkan pulau berkenaan tanpa mendapatkan pandangan penduduk Labuan atau Sabah.­
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here