Mon, 20 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Pemain utama perkuat Sabah
Published on: Sunday, April 19, 2026
Published on: Sun, Apr 19, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pemain utama perkuat Sabah
GARRIDO (kiri) dan kapten Badak Dominic Tan memegang Piala Cabaran MFL pada sidang media tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah FC disemarakkan dengan kembalinya pemain utama untuk perlawanan kedua final Piala Cabaran MFL menentang Pulau Pinang FC di Stadium Likas malam ini.

Ketua jurulatih Juan Torres Garrido dalam sidang media pra-perlawanan yang diadakan di Stadium Likas pada Sabtu mengesahkan bahawa kebanyakan pemain utama yang terlepas perlawanan pertama di Pulau Pinang telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Advertisement
“Ada juga kecederaan baharu dilaporkan setakat ini dan pasukan masih mempunyai satu sesi latihan terakhir sebelum perlawanan.

“Keadaan kami sekarang jauh lebih baik berbanding perlawanan pertama apabila beberapa pemain utama terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kini kami hampir mempunyai skuad penuh, jadi pasukan pastinya lebih kuat kerana kami juga telah menganalisis perlawanan sebelum ini dan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki.

“Pemain juga telah bekerja keras sepanjang sesi latihan dan berada dalam keadaan yang sangat baik untuk menghadapi cabaran di hadapan,” katanya.

Advertisement
Dia juga memberi penghargaan kepada pemain atas kejayaan melayakkan diri ke final piala kedua musim ini. 

“Terdapat beberapa perubahan dalam skuad sejak Disember lalu dan pencapaian layak ke satu lagi perlawanan akhir merupakan bukti kepada usaha berterusan dan kerja keras pemain, bukan hanya bergantung kepada jurulatih,” katanya.

Advertisement
Garrido turut menyeru penyokong agar turun beramai-ramai menyokong pasukan kerana kehadiran mereka adalah faktor penting dalam membantu pasukan terutama dalam perlawanan besar seperti final.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here