Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Sirkit Badminton Para: Sabah cemerlang
Published on: Wednesday, April 22, 2026
Published on: Wed, Apr 22, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sirkit Badminton Para: Sabah cemerlang
SKUAD badminton para negeri bersama pegawai pasukan.
Kota Kinabalu: Pemain badminton para Sabah cemerlang di Sirkit Badminton Para Allianz-MSN 1 2026, berakhir pada Ahad di Kompleks MSN Setiawangsa di Kuala Lumpur dengan membawa pulang lima pingat emas, empat perak dan tiga gangsa.

Mengetuai kejayaan tersebut ialah Mohamad Faris Ahmad Azri, yang meraih tiga pingat emas. Dia menjuarai perseorangan lelaki (SU5) dan bergandingan dengan Mohd Asrun Mahadi untuk memperoleh emas dalam beregu lelaki (SL3/SU5) sebelum menambah emas ketiga dalam beregu campuran (SL3/SL5) bersama Juliana Kamal.

Advertisement
Emas lain disumbangkan oleh Gladys Grace Didin/Charlie Fred Sagunting dalam acara beregu campuran (SH6). Charlie turut memenangi gelaran beregu lelaki (SH6) bergandingan dengan Naim Ahmad Halmi dari Kedah.

Pingat perak disumbangkan oleh Gerald H Simbaku (perseorangan lelaki-SU5), Gladys Grace (perseorangan wanita-SL3), Rahim Tinggal/Shah Rizan Daud (beregu lelaki-SU5) dan Heaven Glory Grace Didin bersama Ahmed Shahputra Abd Rahim dari Perak (beregu campuran -SH6).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemenang pingat gangsa ialah Jerald Jaudy (perseorangan lelaki -SL3), Asrun Mahadi (perseorangan lelaki-SL3) dan Heaven Glory/Gladys Grace (beregu wanita-SH6).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here