Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Jurujual bebas tuduhan edar ganja
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Jurujual bebas tuduhan edar ganja
MAH (tengah) bersama barisan peguamnya selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang jurujual berusia 25 tahun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 368.3 gram ganja.

Hakim Saiful Azian Mokhtar membuat keputusan itu terhadap Calvin Mah Meng Jie tanpa memanggil pembelaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Advertisement
Mah didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.15 pagi, 10 April 2023 di ruang tamu tingkat atas sebuah rumah di Taman Luyang Perdana, Luyang.

Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan berasingan iaitu memiliki 27.48 gram ganja yang merupakan pertuduhan pertama terhadapnya mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan memanggil tertuduh untuk membela diri.

Bagaimanapun Mah memilih untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dilakukan pada jam 12.35 pagi hari sama di kawasan parkir Taman Kendara 2, Jalan Kepayan.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali jika sabit kesalahan.

Mah kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh tangkap serta tiga sebatan.

Advertisement
Perbicaraan bermula pada 3 Disember 2025 dan pihak pendakwaan menutup kes pada 18 Mac tahun ini selepas memanggil empat saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah dan Nurul Shafeerah Mad Iskim.

Mah diwakili peguam Hairul Vaiyron Othman dan Luke Ressa Balang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here