Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Main Dojo ungguli Karate Senior Sabah
Published on: Wednesday, April 22, 2026
Published on: Wed, Apr 22, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Main Dojo ungguli Karate Senior Sabah
KONTINJEN Main Dojo.
Kota Kinabalu: Main Dojo merangkul kejuaraan keseluruhan pada Kejohanan Karate Senior Peringkat Negeri Sabah ke-47 anjuran Persatuan Karate Sabah (SKA) di Dewan Sri Sulaman, Tuaran pada hujung minggu.

Mereka membawa pulang lima emas, dua perak dan satu gangsa untuk mengungguli pungutan pingat. SKA Penampang menduduki tempat kedua dengan dua emas, lima perak, dan tiga gangsa, manakala Kelab Karate Kompleks Sukan Keningau melengkapkan tiga kedudukan teratas, meraih dua emas, satu perak dan dua gangsa.

Advertisement
Pada Kejohanan Karate Remaja Negeri Sabah kali ke-2 yang diadakan di tempat yang sama sehari sebelumnya, SKA Penampnag telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan kutipan memberangsangkan tujuh emas, tiga perak dan tujuh gangsa diikuti Kelab Karate Securido dengan lima emas, enam perak dan empat gangsa, dan di tempat ketiga ialah Kelab Karate Kompleks Sukan Keningau dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.

Seramai 442 peserta daripada 25 pasukan di seluruh negeri mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis penuputan dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Jasnih Daya mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohn Noor. 

Ketua Menteri dalam ucapannya mengulas SKA atas inisiatif mereka memastikan sukan itu di negeri ini mengekalkan standard tinggi mereka dan berharap kejohanan tahunan itu akan menjadi platform untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu.

Advertisement
Beliau juga mahu melihat atlet negeri mengatasi pencapaian mereka pada Sukma lalu di mana mereka menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam pungutan pingat dengan dua emas, tiga perak dan enam gangsa.

“Saya mahu melihat lebih banyak pingat perak kita pada edisi lepas ditukar kepada emas tahun ini. 

Advertisement
“Dengan persiapan yang lebih rapi saya yakin Sabah mampu mendominasi karate di Malaysia,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here