LABUAN: Dewan-dewan perniagaan menyambut baik langkah Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias yang secara terbuka menyokong gesaan untuk memulihkan status bebas cukai pulau itu, yang didakwa telah ditarik balik secara tidak adil sehingga menjejaskan ekonomi Labuan.
Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan, Datuk Wong Kii Yii berkata sokongan itu amat bermakna kerana ia datang daripada kepimpinan agensi tempatan, sekali gus mencerminkan pendirian bersama berhubung keistimewaan yang diwarisi sejak era kolonial.
“Status bebas cukai merupakan ikon utama Labuan dan terbukti tiada pengganti kepada usaha memulihkan semula landskap pelancongan,” katanya.
Wong, yang juga ahli majlis berkenaan, berkata pihaknya bersama pemain industri lain telah lama membangkitkan isu penghakisan status tersebut, namun usaha itu tidak mendapat perhatian sewajarnya, sebaliknya kerajaan memberi tumpuan kepada tarikan lain bagi menarik pelancong
Advertisement






