Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Lori bawa produk O&G cetus kebimbangan pengguna feri Labuan
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
Text Size:
Text:
 Lori bawa produk O&G cetus kebimbangan pengguna feri Labuan
LORI membawa muatan berbahaya  menggunakan feri. – fotoBERNAMA 
Lori membawa gas dan produk petroleum untuk stesen minyak, yang berada di atas feri Ro-Ro untuk laluan Menumbok-Labuan dikenal pasti berpotensi menimbulkan risiko keselamatan kepada penumpang dan pemilik kenderaan.

Pengarah Jabatan Laut Labuan Alimuddin Amirudin berkata jabatan itu bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pihak di atas feri, khususnya apabila melibatkan kargo berbahaya dan mudah terbakar.

Advertisement
Beliau berkata pengusaha feri telah diingatkan supaya mematuhi keperluan keselamatan, termasuk mengekalkan jarak minimum satu meter antara lori yang membawa bahan berisiko tinggi dengan kenderaan lain.

Alimuddin berkata penggunaan feri Ro-Ro bagi pengangkutan barangan itu adalah berdasarkan permintaan pihak pengangkut, yang memilih perkhidmatan itu berbanding kaedah lain. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata jabatan itu akan menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi menentukan sama ada amalan sedia ada mematuhi peraturan keselamatan maritim.

“Kami akan mengkaji akta sedia ada untuk menilai sama ada pengangkutan seperti ini dibenarkan dan sama ada perlu ada penambahbaikan,” katanya.

Advertisement
Isu berkenaan telah mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, khususnya ketika waktu puncak apabila feri membawa jumlah penumpang dan kenderaan yang banyak. 

Laluan Menumbok-Labuan-Menumbok merupakan laluan pengangkutan utama yang menghubungkan pulau bebas cukai itu dengan tanah besar Sabah, melibatkan pergerakan harian penumpang dan kargo termasuk bekalan barangan keperluan ke Labuan.

Advertisement
Terdapat enam feri yang beroperasi, iaitu MV Goodwill Star, MV Putrajaya 1, MV Kimanis 1, MV Joy Star, MV Blue Ocean dan MV Galaxy.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here