Mon, 20 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Gangguan telco lebih dua bulan di Ranau
Published on: Sunday, April 19, 2026
Published on: Sun, Apr 19, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Gangguan telco lebih dua bulan di Ranau
Wakil penduduk Fadzil John Anthony
RANAU: Penduduk Kampung Timbua dan kawasan sekitarnya melahirkan kecewa berikutan masalah rangkaian telekomunikasi (telco) berterusan yang masih belum diselesaikan sejak lebih dua bulan lalu sekali gus menjejaskan kehidupan harian komuniti di kawasan itu.

Menurut wakil penduduk Fadzil John Anthony gangguan itu menjejaskan komunikasi, operasi perniagaan kecil, aktiviti pembelajaran pelajar serta akses kepada bantuan kecemasan seterusnya memberi tekanan kepada isi rumah.

Advertisement
Beliau berkata penduduk berdepan liputan rangkaian yang lemah, tidak stabil dan kerap terputus sepanjang tempoh berkenaan melibatkan hampir keseluruhan kampung dan menyukarkan komunikasi asas.

“Situasi ini amat mengecewakan kerana penduduk masih perlu membayar caj perkhidmatan walaupun kualiti rangkaian jauh daripada memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here