Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Imigresen tahan enam PTI di Labuan
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Imigresen tahan enam PTI di Labuan
PEGAWAI Imigresen melakukan pemeriksaan.
LABUAN: Pembanterasan pendatang tanpa izin (PTI) terus dipergiat dengan enam warga asing ditahan dalam satu operasi khas di sini, Isnin.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dalam kenyataan pada Selasa berkata, operasi Ops Sapu itu dilaksanakan di tiga lokasi kediaman sekitar kawasan taman perumahan bermula jam 12.10 tengah malam hingga 2 pagi.

Advertisement
Menurutnya, operasi hasil maklumat awam dan risikan itu melibatkan 31 pegawai penguat kuasa pelbagai pangkat.

“Hasil pemeriksaan ke atas 21 individu, enam warga Filipina ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Labuan bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam operasi sama, pihak imigresen turut mengeluarkan dua saman kepada saksi bagi membantu siasatan kes.

Advertisement
Jabatan Imigresen menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dijalankan secara berterusan bagi mengesan, menangkap dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara.

Orang ramai serta majikan turut diingatkan supaya tidak melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin kerana tindakan tegas boleh dikenakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here