Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Pemuda bawa khidmat gunting rambut ke pasar Sukau
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pemuda bawa khidmat gunting rambut ke pasar Sukau
AZWAN menyediakan perkhidmatan menggunting rambut kepada pelanggannya. – fotoBERNAMA
SUKAU: Menyedari kesukaran penduduk pedalaman mendapatkan perkhidmatan merapikan diri di sini, seorang pemuda tampil membawa kelainan apabila menawarkan perkhidmatan menggunting rambut di bawah khemah di Pasar Malam Tamu Sukau di sini.

Inisiatif kreatif Azwan Basari, 27, ternyata bukan sahaja memeriahkan suasana pasar malam berkenaan, malah memberikan nilai tambah dan kemudahan alternatif yang amat dinanti-nantikan oleh pekerja ladang serta penduduk setempat.

Advertisement
Di suatu sudut pasar tamu itu, terpacak sebuah khemah ringkas milik Azwan yang dilengkapi dengan sebuah kerusi, cermin besar di atas meja, serta deretan peralatan seperti sikat dan mesin pencukur.

“Idea untuk menawarkan perkhidmatan di bawah khemah ini bermula sejak enam bulan lepas apabila saya kerap menemani bapa berniaga di pasar malam (Pasar Malam Tamu Sukau) pada setiap Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Difahamkan di Sukau ini hanya ada sebuah kedai gunting. Oleh itu, perkhidmatan yang saya sediakan di pasar malam ini sebagai pilihan alternatif bagi memudahkan penduduk menggunting rambut sambil membeli-belah di pasar,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sukau, sebuah kawasan pedalaman yang terletak dalam daerah Kinabatangan kira-kira 360 kilometer arah Timur dari Kota Kinabalu.

Advertisement
Azwan yang berasal dari Batu 32, Sandakan, ‘mengolah’ rambut pelanggan dengan begitu pantas dan yakin, ditemani bunyi dengungan halus mesin pencukurnya.

Bermodalkan pengalaman 10 tahun dalam bidang pendandanan rambut, yang pada asalnya dipelajari menerusi beberapa kursus kemahiran anjuran kerajaan, dia tidak kekok beraksi walaupun di lokasi yang serba ringkas dan terbuka.

Advertisement
Sejajar dengan objektifnya untuk membantu komuniti, Azwan menawarkan harga yang berpatutan iaitu RM18 bagi pelanggan dewasa, manakala kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah hanya dikenakan bayaran RM10.

“Setakat ini, maklum balas pelanggan sangat memberangsangkan. Purata 20 pelanggan, terutamanya pekerja ladang dan penduduk kampung yang akan datang bergunting rambut setiap kali saya beroperasi dari pukul 3 petang hingga 11 malam,” katanya.

Melihat kepada ekonomi yang tidak menentu, Azwan berkata selain menambah sumber pendapatan dengan menjual produk seperti minyak dan pewarna rambut, inisiatif ini mengajarnya untuk lebih proaktif dalam mencari rezeki sambil memberi manfaat langsung kepada masyarakat sekeliling.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here