Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Kanak-kanak terkunci dalam kereta 
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Kanak-kanak terkunci dalam kereta 
KENINGAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun tiga bulan diselamatkan selepas terkunci di dalam sebuah kenderaan di kawasan pasar malam, di sini, petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Severinus @ Mohd Nidzam Sinkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang sebelum sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi dengan menaiki kenderaan EMRS.

Advertisement
“Pasukan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian dan mendapati seorang kanak-kanak terperangkap di dalam sebuah Proton Saga dengan enjin kenderaan masih hidup,” katanya.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila ibu bapa kanak-kanak itu keluar dari kenderaan untuk mengambil kereta sorong bayi di bahagian bonet.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selepas bonet ditutup, sistem keselamatan kenderaan secara automatik mengunci pintu, menyebabkan kanak-kanak berkenaan terperangkap di dalam kereta,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai berada dalam keadaan tersebut kira-kira 15 minit sebelum bantuan tiba dengan ibu bapanya dalam keadaan cemas di lokasi kejadian.

Advertisement
Menurut Severinus, anggota bomba bertindak pantas menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan kepada mangsa.

“Kanak-kanak itu kemudian dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya, menambah tiada kecederaan dilaporkan.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Katanya, pemandu perlu memastikan kunci kenderaan sentiasa berada bersama mereka apabila keluar dari kereta, walaupun hanya untuk mengambil barang di bahagian belakang.

“Sekiranya enjin dibiarkan hidup, turunkan sedikit cermin tingkap atau biarkan pintu tidak tertutup rapat sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya mengutamakan keselamatan anak dengan membawa keluar kanak-kanak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan lain di luar kenderaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here