Wed, 22 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Laporan berita jangan sampai jejas usaha diplomatik Malaysia-Indonesia
Published on: Tuesday, April 21, 2026
Published on: Tue, Apr 21, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Laporan berita jangan sampai jejas usaha diplomatik Malaysia-Indonesia
NIZAM meminta laporan pemberitaan melibatkan isu sempadan dilakukan secara berhati-hati.
TAWAU: Pengamal media diminta sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan laporan berita berkaitan persempadanan semula Pulau Sebatik mengikut etika kewartawanan supaya tidak mengganggu-gugat usaha diplomatik Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia mendapatkan penyelesaian terbaik.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan pemberitaan isu terbabit tidak boleh memetik kenyataan pihak tertentu yang hanya bersifat andaian tetapi diolah menjadi frasa menggambarkan seolah-olah hal itu benar-benar berlaku.

Advertisement
“Dunia kita hari ini tanpa sempadan namun itu bukan alasan untuk mengetepikan etika kewartawanan. 

“Justeru setiap laporan berita yang disebarkan perlulah lebih berhati-hati kerana dikhuatiri impaknya bukan sahaja menimbulkan kegusaran malah boleh memporak-perandakan ketenteraman negeri atau negara jika tidak terkawal,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nizam berkata demikian kepada pemberita pada sidang media berkaitan isu status 127.3 hektar tanah di Sebatik selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tawau di Dewan Serbaguna KD Sri Tawau pada Ahad.

Menurutnya pengamal media khususnya dari negara jiran perlu lebih bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran laporan berita yang tidak sahih tanpa sebarang kenyataan pengesahan daripada kepimpinan tertinggi kedua-dua negara berkaitan isu persempadanan semula Pulau Sebatik.

Advertisement
“Laporan yang mendakwa penyerahan tanah seluas 127.3 hektar kepada Indonesia adalah tidak tepat dan bersifat andaian semata-mata”, katanya sambil menyebut bahawa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sendiri sudah memaklumkan bahawa hanya 123 hektar tanah yang sebelum ini berada dalam Wilayah Malaysia kini menjadi Wilayah Indonesia.

Malah beliau berkata pihak Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur juga sudah mengesahkan bahawa laporan media dari negara jiran yang mendakwa

Advertisement
sebahagian besar kawasan Pulau Sebatik di Sabah kini berada dalam wilayah republik berkenaan adalah tidak benar.

“Kita mahu pengamal media mempunyai tanggungjawab yang sama dengan pejuang (barisan pasukan pertahanan negara) kita dalam memastikan keharmonian ini terpelihara dan janganlah disebabkan laporan yang tidak akurat, usaha menjaga kedaulatan negara menjadi sukar,” tambahnya.

Beliau turut menyarankan semua pihak termasuk penggiat media alternatif dan media sosial supaya sentiasa merujuk sumber saluran berita rasmi seperti Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan untuk mendapatkan pengesahan sebelum menerbitkan maklumat sensitif.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan bahawa keamanan yang dinikmati di kawasan sempadan negara hari ini adalah hasil pengorbanan besar anggota pertahanan negara terdahulu yang terdiri daripada golongan veteran termasuklah anggota PVATM yang berbakti demi tanahair.

Menyentuh mengenai PVATM Cawangan Tawau pula Nizam mengesyorkan supaya persatuan itu sentiasa memastikan peranan mereka dalam menjaga kebajikan anggota veteran dijalankan secara konsisten dan menyeru mereka yang belum mendaftar supaya tampil menjadi ahli berdaftar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here