Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Penipuan insurans: 80 warga asing didakwa
Published on: Thursday, April 16, 2026
Published on: Thu, Apr 16, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Penipuan insurans: 80 warga asing didakwa
ANTARA tertuduh yang didakwa pada Rabu.
TAWAU: Seramai 80 individu, termasuk 78 warga China, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas pertuduhan terlibat secara bersama dalam pakat jahat jenayah memperdaya mangsa menerusi penipuan insurans, minggu lalu.

Kesemua tertuduh, termasuk empat wanita berusia antara 17 hingga 46 tahun, memahami pertuduhan namun mengaku tidak bersalah selepas ia dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Advertisement
Turut didakwa ialah seorang warga Laos dan seorang warga Myanmar. Mereka didakwa bersubahat memperdaya mangsa melalui panggilan telefon dan video dengan menyamar sebagai pegawai polis China.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di daerah ini pada 9.25 malam, 7 April lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(2) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menawarkan jaminan RM3,500 setiap seorang dengan dua penjamin tempatan.

Advertisement
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Shearil Aizad Murnizam memohon agar jaminan tidak diberikan dengan alasan sukar memastikan kehadiran tertuduh kerana wujud risiko melarikan diri.

Dia berkata tiada bukti tiket pulang atau jadual perjalanan dikemukakan, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap tujuan sebenar kemasukan mereka ke negara ini.

Advertisement
Menurutnya, rekod Jabatan Imigresen menunjukkan kebanyakan tertuduh telah berada di Malaysia sejak Februari 2026 tanpa tiket pulang, selain tidak mempunyai pekerjaan atau kaitan dengan mana-mana syarikat tempatan.

“Walaupun penjamin tempatan dicadangkan, kebolehpercayaan mereka diragui dan tidak mampu menjamin kehadiran tertuduh di mahkamah. Tambahan pula, terdapat pasport tertuduh yang akan tamat tempoh pada Mei, berisiko menyebabkan mereka tinggal melebihi tempoh dibenarkan,” katanya.

Bagaimanapun, seorang peguam yang mewakili tujuh tertuduh memohon jaminan diberikan kerana kesalahan tersebut boleh dijamin. Permohonan sama turut disuarakan oleh semua tertuduh ketika ditanya mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan TPR Shearil dengan bantuan Pegawai Pendakwa IPD Tawau, ASP Jeffrey Kadison. Tujuh tertuduh diwakili peguam Vivian Thien, manakala selebihnya tidak diwakili.

Sementara itu, 23 daripada 80 tertuduh, termasuk dua wanita, turut didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan imigresen pada tarikh dan masa sama.

Seramai 22 individu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa dokumen sah, manakala seorang lagi didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) (Pindaan 2002) kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Kesemua tertuduh dalam kes imigresen itu tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here