Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
Dana bantu percepat pertumbuhan syarikat tempatan
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
Text Size:
Text:
Dana bantu percepat pertumbuhan syarikat tempatan
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Junady Nawawi berkata dana itu diperkenalkan dengan mengambil kira demografi dan ekosistem perniagaan unik di Sabah dan Sarawak yang berbeza daripada Semenanjung.
Kota Kinabalu: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) melancarkan Dana Pemerkasaan Bumiputera Sabah dan Sarawak (BSSF) bagi mempercepat pertumbuhan syarikat tempatan serta merapatkan jurang pembangunan perniagaan di Malaysia Timur.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan dana itu sempena pembukaan program Teraju Aspirasi Outreach Sabah 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Khamis.

Advertisement
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Junady Nawawi berkata dana itu diperkenalkan dengan mengambil kira demografi dan ekosistem perniagaan unik di Sabah dan Sarawak yang berbeza daripada Semenanjung.

“Melalui dapatan kajian dan sesi libat urus, kami memahami keperluan perniagaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak memerlukan pendekatan yang lebih khusus.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehubungan itu, Teraju melancarkan Dana Pemerkasaan Bumiputera Sabah dan Sarawak (BSSF) bagi membantu mencapai lonjakan pertumbuhan yang disasarkan,” katanya dalam ucapan alu-aluan.

Menurutnya, BSSF menawarkan pembiayaan fleksibel dengan terma kompetitif serta tempoh mencukupi bagi membantu syarikat menstabilkan operasi dan mempercepat pertumbuhan.

Advertisement
Beliau berkata dana itu turut disokong oleh mekanisme jaminan melalui kerjasama dengan institusi kewangan dan platform pembiayaan alternatif, selain diperkukuh dengan program bukan kewangan seperti Ascend, Enhance dan Accelerate.

Pelaksanaan BSSF juga dijangka menyokong lebih 100 syarikat pemula serta mewujudkan sekurang-kurangnya 500 peluang pekerjaan berkualiti tinggi di Sabah, katanya, sambil menambah inisiatif itu turut membantu memperkukuh rantaian bekalan tempatan dengan meningkatkan penyertaan syarikat Bumiputera sebagai pembekal utama dalam projek pembangunan berskala besar.

Advertisement
Sementara itu, Junady berkata kajian Teraju mendapati empat kekangan utama yang masih menghalang pertumbuhan syarikat Bumiputera di Sabah.

“Kekangan pertama ialah akses kepada modal, di mana ramai usahawan berpotensi tetapi berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan fleksibel untuk mengembangkan operasi.

“Kedua ialah keperluan untuk memperkukuh struktur dalaman dan daya tahan syarikat dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar,” katanya. 

Beliau berkata kekangan ketiga melibatkan keperluan penyelarasan dan pemudah cara yang lebih baik dalam ekosistem perniagaan yang lebih tersusun dan bersepadu.

Menurutnya, kekangan keempat ialah akses pasaran yang terhad, khususnya untuk menembusi pasaran lebih luas termasuk di peringkat global.

“Jika isu-isu ini tidak ditangani, ia akan mewujudkan jurang ‘missing middle’ yang menghalang syarikat daripada berkembang ke skala lebih besar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Teraju bertindak sebagai pemudah cara utama bagi membantu syarikat beralih daripada perusahaan kecil kepada pemain industri berskala besar.

“Kami mahu mengubah syarikat yang sebelum ini ‘unbankable’ kepada ‘bankable’ dan seterusnya ‘investment ready’,” katanya.

Pada masa sama, Junady berkata Teraju menyasarkan untuk melahirkan antara lima hingga 10 syarikat scale-up dari Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, syarikat-syarikat ini berpotensi untuk mencapai tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia dan menjadi pemain utama dalam rantaian nilai industri.

“Matlamat utama kami adalah untuk melahirkan lima hingga 10 syarikat scale-up dari Sabah yang bersedia untuk penyenaraian awam dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau menambah usaha itu turut disokong melalui pembangunan kohort kira-kira 20 syarikat berpotensi tinggi yang disasarkan mencapai penilaian pasaran melebihi RM1 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Junady turut menekankan kepentingan perubahan pendekatan dalam kalangan usahawan, termasuk beralih daripada persaingan kepada kerjasama serta memperkukuh perkongsian strategik.

“Kita perlu berani mengubah pendekatan, membina konsortium dan memperkukuh ekosistem pertumbuhan secara kolektif bagi memastikan syarikat tempatan mampu bersaing pada tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan usahawan Bumiputera di Sabah bukan sekadar pemerhati, tetapi menjadi pemacu utama dalam sektor pertumbuhan tinggi termasuk ekonomi biru.

“Teraju komited memastikan usahawan Bumiputera di Sabah menjadi penyumbang utama kepada rantaian bekalan serta pembangunan ekonomi negeri dan negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here