Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
Belum ada kes strok haba dilaporkan di Sabah: Julita
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Belum ada kes strok haba dilaporkan di Sabah: Julita
JULITA (kiri) ketika melawat salah sebuah gerai semasa sambutan Hari Raya KWKKR.
Kota Kinabalu: Belum ada kes strok haba dilaporkan ekoran cuaca panas dan suhu tinggi di negeri ini, kata Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Julita Majungki.

Bagaimanapun, beliau menggesa orang awam agar sentiasa peka dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan terdedah kepada risiko kesihatan akibat suhu tinggi yang melanda.

Advertisement
“Saya menasihatkan orang ramai agar banyakkan minum air agar tidak mengalami dehidrasi dan kurangkan aktiviti luar yang tidak perlu.

“Kalau mahu bersukan biarlah pada waktu yang sesuai dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam keadaan cuaca panas ini, kita tidak boleh ambil ringan kerana risiko kesihatan boleh meningkat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya

Kementerian di Wisma Wanita di sini pada Khamis. Yang turut hadir Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) Datuk Rina Jainal dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Maria Chong.

Advertisement
Dalam perkembangan berasingan, Julita menegaskan keperluan untuk memperkukuh usaha pencegahan di peringkat keluarga dan komuniti susulan satu kes membabitkan seorang bapa yang merogol dua anak perempuannya di Lahad Datu.

Katanya, langkah pencegahan yang lebih menyeluruh termasuk penglibatan keluarga, komuniti dan institusi keagamaan, perlu diperkasa bagi menangani isu sosial berkenaan.

Advertisement
“Perkara ini amat menyedihkan dan sepatutnya tidak berlaku. Walaupun pelaku perlu berdepan tindakan undang-undang, pencegahan adalah sama penting,” katanya.

Beliau mengulas kes seorang bapa, 54, yang dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 165 tahun serta 110 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan merogol dua anak perempuannya selama beberapa tahun di kediaman mereka di Lahad Datu. 

Julita turut menggesa mangsa penderaan agar tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa, sambil menegaskan bantuan sentiasa tersedia.

“Sekiranya persekitaran mereka bersifat mendera dan memerlukan bantuan, mereka tidak perlu teragak-agak untuk tampil mendapatkan pertolongan.

“Kita mempunyai pusat perlindungan di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) yang menyediakan tempat perlindungan dan sokongan kepada mangsa penderaan,” katanya.

Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW) turut menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam kes seperti keganasan rumah tangga, perceraian dan hak penjagaan anak, bagi memastikan wanita mendapat perlindungan dan pembelaan di sisi undang-undang.

Pusat terbabit boleh dihubungi melalui WhatsApp di 010-5831891.

Menerusi Jhewa, katanya, kementerian juga melaksanakan program advokasi berkaitan pencegahan keganasan rumah tangga serta literasi undang-undang bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan intervensi awal.

“Usaha ini dilengkapi dengan program kesedaran berterusan serta penglibatan komuniti yang menumpukan kepada pengukuhan nilai kekeluargaan.

“Kementerian juga akan terus bekerjasama rapat dengan pemimpin komuniti dan institusi berkaitan bagi memperluas capaian khususnya dalam membimbing ibu bapa dan keluarga mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here