Kota Kinabalu: Kelab Golf Pesara Pendidikan Sabah (KGPeS) berjaya menganjurkan Kejohanan Golf Mini Antarabangsa dengan kerjasama Kumpulan Hangs, Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung baru-baru ini di Kelab Golf Pantai Mentiri, sekali gus mengukuhkan jaringan kerjasama serantau antara kedua-dua pihak.
Program itu melibatkan penyertaan lapan wakil KGPeS yang diketuai Presidennya, Dr Aslie Hj. Sahat bersama barisan kepimpinan kelab iaitu Datuk Dr Kamarlin Ombi (Timbalan Presiden 1), Datuk Hj. Sapaue Hj. Tusin (Naib Presiden), Alli Majittaba (Setiausaha), Ag Danit Suran (Kapten), Mastan Gaga (Ahli Jawatankuasa), Zainal dan Haji Osin.
Advertisement
_E.jpg)
Kumpulan Hangs diwakili oleh 16 peserta yang diketuai oleh Brig. Jeneral (B) Dato’ Jofri, dengan kejohanan berlangsung dalam semangat kesukanan, profesionalisme dan persahabatan yang erat.
Menurut Dr. Aslie, penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala melalui platform sukan, di samping membuka ruang kerjasama strategik antara komuniti pesara pendidikan Sabah dan rakan serantau di Negara Brunei Darussalam.