Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
UMS jadi platform wacana hubungan antarabangsa
Published on: Wednesday, April 08, 2026
Published on: Wed, Apr 08, 2026
Text Size:
Text:
UMS jadi platform wacana hubungan antarabangsa
KASIM (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Nineta sebagai tanda penghargaan sempena program The International Relations Ambassador Talk.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia  Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah mengadakan program The International Relations Ambassador Talk bersama Duta Besar Romania ke Malaysia Nineta Barbulescu sebagai usaha memperkukuh kefahaman berkaitan diplomasi  antarabangsa dalam kalangan warga akademik dan mahasiswa. 

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor berkata penganjuran siri syarahan tersebut merupakan satu inisiatif bermakna dan berharga kepada komuniti akademik UMS untuk berinteraksi secara langsung dengan pengamal dalam  bidang hubungan antarabangsa.  

Advertisement
“Sesi pada hari ini amat signifikan dengan kehadiran Nineta  Barbulescu yang memiliki pandangan serta pengalaman luas yang pastinya akan memperkaya pemahaman kita mengenai diplomasi global. 

“Program Hubungan Antarabangsa FSSK bersama program lain seperti Sejarah, Geografi, Komunikasi, Perhubungan Industri, Sosiologi dan Antropologi, akan  terus memainkan peranan penting dalam memupuk pemikiran kritis dan kesedaran global dalam  kalangan pelajar,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan sempena program  tersebut.  

Tambah Kasim kepelbagaian budaya dalam masyarakat di Sabah sudah cukup  memperkayakan persekitaran akademik serta mempersiapkan pelajar untuk berinteraksi secara bermakna dalam dunia yang kompleks dan saling berhubung sekali gus meluaskan peranan UMS sebagai pusat rujukan ilmu bukan sahaja di Borneo malah di peringkat yang lebih luas. 

Advertisement
Mengulas isu semasa beliau berkata perkembangan dan ketegangan melibatkan Iran  ketika ini memberi implikasi meluas bukan sahaja di peringkat serantau malah  global termasuk terhadap ekonomi dan keselamatan. 

“Sehubungan itu kami amat berbesar hati kerana Nineta sudi berkongsi perspektif mengenai dasar luar Romania serta perkembangan antarabangsa yang lebih  luas dari sudut pandangan Eropah.

Advertisement
“Semoga lawatan ini akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan serta kerjasama  pendidikan antara Malaysia dan Romania,” ujar beliau.  

Dalam sesi wacana itu Nineta Barbulescu berkongsi pandangan mengenai dasar luar Romania khususnya selepas zaman Revolusi Romania awal 1990-an serta perkembangan antarabangsa dari perspektif Eropah selain turut menekankan kepentingan untuk mengadakan dialog, persefahaman serta membentuk pakatan bersama negara-negara lain dalam dunia yang semakin saling berkait. 

Hadir sama Dekan FSSK Profesor Dr Asmady Idris, Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan  Penglibatan Global UMS Profesor Madya Dr Wardatul Akmam Din dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat Dr Rizal Zamani Idris.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here