Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Sistem mini estet untuk tingkat SSL beras Sabah
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Sistem mini estet untuk tingkat SSL beras Sabah
JAMAWI (tiga dari kanan), Zul Hadi (dua dari kiri) serta yang lain mendengar taklimat daripada kakitangan Jabatan Pertanian semasa lawatan itu.
KOTA BELUD: Pembangunan mini estet padi akan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) padi di Sabah selain mengusahakan tanah-tanah terbiar di negeri ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, berkata inisiatif itu dibincangkan dalam sesi libat urus bersama pelbagai agensi pertanian di peringkat negeri dan Persekutuan.

Advertisement
Menurutnya, sesi libat urus yang dipengerusikannya pada pagi Selasa diadakan bersama Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi Persekutuan, Datuk Zul Hadi Ahmad, serta agensi-agensi pertanian yang terlibat.

“Semasa sesi tersebut, kita telah membincangkan untuk membangunkan lebih kurang 2,000 hektar lagi tanah terbiar melalui pendekatan mini estet,” katanya ketika kepada media semasa melawat Pusat Pengeluaran Benih Padi Timbang Menggaris di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Jamawi berkata, melalui pendekatan mini estet, pembangunan tanah terbiar berkenaan dijangka dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi.

“Dengan mini estet ini, insya-Allah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi, kita akan dapat membangunkan lebih banyak tanah-tanah terbiar.

Advertisement
“Yang pentingnya, petani-petani kita akan mendapat hasil dan juga dapat mengusahakan tanah mereka yang sudah sekian lama terbiar tanpa penanaman dan tanpa pendapatan untuk mereka,” katanya.

Beliau menambah, Kerajaan Sabah akan terus memberikan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha membangunkan industri padi di negeri ini.

Advertisement
“Jadi kita usahakan yang terbaik untuk rakyat Sabah dan kita akan terus memberikan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan industri padi Sabah,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Fairuz Renddan yang juga Adun Pintasan; Adun Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bestari; Pengarah Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi Datuk Zul Hadi Ahmad; Timbalan Pengerusi Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS), Datuk Musbah Jamli; Pengurus Besar LPBS, Datuk Dr Ramle Kasin; Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jifrin Mohamad dan Timbalan Setiausaha Tetap Maffi, Awang Dzulkernain Awang Hassan.

Bercakap kepada Bernama, Jamawi berkata cadangan mini estet itu akan melibatkan kira-kira 404.6 hektar kawasan terbiar di Kota Belud selain turut dirancang di kawasan Terusan Sapi, Telupid bagi memastikan pembangunan industri padi dilaksanakan secara mampan.

Sementara itu, beliau berkata benih padi TR8 dikeluarkan Jabatan Pertanian akan digunakan dalam pembangunan kawasan mini estet berkenaan kerana mempunyai potensi hasil tinggi sehingga sembilan tan sehektar, malah terdapat petani di Sabah mampu mencapai sehingga 12 tan dengan pengurusan yang baik.

Selain itu, beliau berkata kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) turut menyalurkan peruntukan RM230 juta bagi menaik taraf sistem pengairan dan saliran di Kota Belud sebagai usaha mengatasi masalah banjir yang menjejaskan kawasan penanaman padi di daerah itu.

“Di Kota Belud ini sahaja ada lebih kurang 3,000 hektar tanah terbiar yang sesuai untuk sawah padi tetapi masih tidak diusahakan kerana beberapa masalah berkaitan pengairan.

“Saya yakin dan percaya inilah yang akan kami bangunkan untuk lebih kurang 1,000 hektar dengan peruntukan yang kami terima,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here