MENUMBOK: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu bakal menjadi destinasi pelancongan antarabangsa susulan operasi Club Med Resort Tanjung Aru yang dijangka bermula Sept ini.
Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata pembukaan pusat pelancongan bertaraf premium itu bukan sahaja meningkatkan profil pelancongan Sabah, malah memberi limpahan ekonomi kepada kawasan sekitar.
“Walaupun projek ini sedikit lewat berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini, saya dimaklumkan pihak pengurusan bahawa Club Med akan memulakan operasi dalaman pada April tahun ini.
“Operasi penuh dan perasmian dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada Sept depan, sekali gus membuka peluang besar kepada Kuala Penyu.
Advertisement





