Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
TYT anjur Majlis Silaturahim Aidilftri
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
Text Size:
Text:
TYT anjur Majlis Silaturahim Aidilftri
MUSA dan Hajiji bersalaman dengan orang ramai ketika majlis di Istana Seri Kinabalu.
Kota Kinabalu: Majlis Silaturahim Aidilftri Istana Seri Kinabalu 1447H/2026M pada Sabtu berlangsung sederhana dan meriah, menghimpunkan bersama pelbagai peringkat kepimpinan negeri dan tetamu jemputan.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, tiba pada jam 10.22 pagi dan disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.  

Advertisement
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Zulfauzy Awang Besar sebelum tetamu menikmati juadah hari raya yang disediakan.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri-menteri Kabinet, Pembantu-pembantu Menteri, Konsul-konsul negara asing serta Ketua-ketua jabatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam majlis berkenaan, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah.

Ia diikuti sesi bergambar bersama Musa dan Faridah sebagai tanda penghargaan dan peringatan bagi tetamu yang hadir.

Advertisement
Terdahulu, Musa dan Hajiji menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama kira-kira 7,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah.

Solat sunat Aidilfitri diimamkan Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Ustaz Zulfauzy Awang Besar sebelum disusuli khutbah bertajuk “Ibrah Ramadan: Jalan Menuju Ketaatan Berterusan” yang disampaikan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar. 

Advertisement
Antara pengisian khutbah mengingatkan jemaah bahawa Ramadan merupakan madrasah yang mendidik jiwa, dan segala amalan kebaikan yang dilaksanakan sepanjang bulan tersebut wajar diteruskan dalam kehidupan seharian, termasuk memperbanyak ibadah, membantu sesama insan serta mengekalkan semangat perpaduan dalam masyarakat.

Kehadiran ribuan jemaah mencerminkan semangat perpaduan dan kesyukuran dalam menyambut Aidilfitri dengan cara yang sederhana dan harmoni.

Selepas solat, jemaah mengambil peluang untuk bersalaman dan saling bermaafan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here