Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Pencarian lelaki hilang di Kiulu disambung
Published on: Friday, March 13, 2026
Published on: Fri, Mar 13, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pencarian lelaki hilang di Kiulu disambung
FOTO untuk ilustrasi sahaja.
KIULU: Seorang lelaki masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ketika membersihkan kebun bersama rakannya di Kampung Paka di sini.

Jantannius Poulus, 45, dikatakan hilang oleh pengadu pada Selasa lalu kira-kira jam 1.40 petang.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Kurong Ak Beki berkata mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.40 malam, Rabu. 

Seramai enam anggota anggota dikerah ke lokasi kejadian sejauh 41 kilometer (km) beserta dua kenderan utiliti membabitkan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga pada Khamis dimulakan pada jam 10.36 pagi dengan dibantu Unit Anjing Pengesan (K9).

“Pasukan berjalan kaki sejauh empat kilometer ke lokasi akhir mangsa dipercayai hilang sebelum memulakan pencarian di lokasi serta kawasan seoanjang sungai Kiulu,” katanya.

Advertisement
Pengadu yang merupakan rakan mangsa menyatakan mangsa kali terakhir dilihat pada hari kejadian, jam 12.40 tengah hari ketika berehat di pondok kebun berkenaan.

Namun, selepas menyambung semula kerja membersihkan kebun, mangsa tidak kembali ke pondok sehingga pencarian penduduk dijalankan sebelum memaklumkan pihak berkuasa.

Advertisement
“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya, dan menambah operasi pada Khamis ditamatkan jam 4.30 petang dan bersambung semula hari ini (Jumaat).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here