Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Dua lelaki ingkar keputusan Tribunal Pengguna didenda
Published on: Thursday, March 12, 2026
Published on: Thu, Mar 12, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua lelaki ingkar keputusan Tribunal Pengguna didenda
Kesalahan mereka adalah di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. 
Kota Kinabalu: Dua lelaki masing-masing didenda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana gagal mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna.

Mohd Khairul Afis, 31, dan Mohd Syafiq Kassim, 27, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus terhadap pertuduhan masing-masing.

Advertisement
Khairul didakwa gagal mematuhi keputusan tribunal bertarikh 23 September 2025 yang mengarahkan dirinya memulangkan RM17,500 kepada Ganados Estrella pada 7 Oktober 2025 di Sanny Automobile, Pusat Komersial Bundusan, Penampang. 

Mohd Syafiq pula didapati gagal mematuhi keputusan tribunal bertarikh 19 Februari 2025 yang mengarahkannya membayar RM16,350.50 kepada Joshua Siaw di HD Furnishing Enterprise, Damai Plaza.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kedua-dua kes melibatkan kegagalan membayar jumlah yang diarahkan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan tribunal disampaikan dan kesemua plaintif membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 

Kesalahan mereka adalah di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here