Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Syarikat, dua pengarah didenda RM48,000 gagal bayar cukai
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syarikat, dua pengarah didenda RM48,000 gagal bayar cukai
ZULNIZAR (kanan) bersama ibunya Rubiah selepas prosiding mahkamah pada Selasa.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat bersama dua pengarahnya didenda keseluruhan RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM2,178,939.69 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia antara tahun 2019 hingga 2022.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap ZBN Group Holdings Sdn Bhd, Zulnizar Norsinin, 41, dan Rubiah Ahmad, 62, selepas mereka mengaku bersalah terhadap masing-masing 16 pertuduhan pada Selasa.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh membayar denda RM1,000 atau menjalani hukuman penjara 14 hari bagi setiap pertuduhan. Oleh kerana setiap seorang berdepan 16 pertuduhan mereka masing-masing perlu membayar denda RM16,000.

Mengikut pertuduhan syarikat dan kedua-dua pengarahnya gagal membuat bayaran cukai perkhidmatan dalam tempoh ditetapkan antara Mac 2019 hingga Disember 2022.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 26(8) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan syarikat dan kedua-dua pengarahnya menjelaskan baki cukai tertunggak dalam tempoh 24 bulan dan jika gagal berbuat demikian mereka boleh dipenjara 12 bulan setiap seorang.

Advertisement
Berdasarkan fakta kes mereka telah mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST-02) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam tempoh ditetapkan namun gagal membuat bayaran cukai yang sepatutnya serta penalti lewat bayar.

Dalam rayuan mitigasi Zulnizar yang turut mewakili syarikat dan ibunya memohon mahkamah mengenakan denda minimum dengan alasan perniagaan mereka tidak lagi berjalan lancar dan menjadi tidak aktif sejak 2022 akibat jualan yang merosot.

Advertisement
Zulnizar berkata kelewatan membayar cukai perkhidmatan itu juga berpunca daripada pandemik Covid-19 yang menjejaskan aliran tunai perniagaan mereka.

Zulnizar turut memohon tempoh lanjutan sehingga 36 bulan bagi menjelaskan baki cukai tertunggak.

Rubiah juga memohon denda lebih rendah dengan alasan perniagaan mereka tidak menjana pendapatan yang tinggi.

Bagaimanapun pegawai pendakwa Kastam Azizah Talibe memohon hukuman pencegahan dikenakan kerana kesalahan itu serius dan boleh menjejaskan ekonomi negara memandangkan syarikat berkenaan telah mengutip kira-kira RM2.1 juta daripada pelanggan tetapi gagal membayar cukai tersebut.

Azizah kemudian memberitahu media bahawa jumlah cukai tidak dibayar sebelum ini adalah RM2,908,548.81 namun tertuduh telah menjelaskan RM729,609.12.

Tertuduh telah membayar denda yang dikenakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here