Kota Kinabalu: Atlet Sabah Mohamad Razy Hafizul Mohamad menghadiahkan pingat perak kepada negara dalam acara 400 meter (m) kategori T20 pada Kejohanan Olahraga Para Antarabangsa Fazza ke-17 (Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai 2026) di Dubai baru-baru ini.
Dia melepas melintasi garisan penamat dengan catatan masa 51.06 saat (s), di belakang pemenang dari Jepun Kuma Watanabe yang meraih emas dengan masa 50.45s manakala tempat ketiga dimenangi Abdul Majeed Ghafiri dengan catatan 52.34s.
Advertisement

Dua lagi atlet dari Sabah turut mencuri tumpuan pada kejohanan yang menghimpunkan lebih 500 atlet dari 56 negara itu.
Eljoe Goutoh bersaing dalam acara lompat jauh kategori T13/T20 dan hanya terlepas podium selepas mencatat lompatan sejauh 6.54 meter untuk menduduki tempat keempat (794 mata).
Sementara itu, Heronlee Wong mengambil bahagian dalam acara lontar cakera kategori F36/F37 dan menamatkan saingan di tempat keenam dengan balingan sejauh 6.27 meter (481 mata).