Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki Pakistan didakwa cabul kanak-kanak
Published on: Tuesday, March 10, 2026
Published on: Tue, Mar 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki Pakistan didakwa cabul kanak-kanak
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Pakistan yang memiliki sebuah kedai di negeri ini didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak. 

Usman Ali, 33, dihadapkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan bagi menghadapi pertuduhan terhadapnya. 

Advertisement
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana dia tidak memahami Bahasa Melayu dan memerlukan jurubahasa Pashton.

Mahkamah menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu ketersediaan jurubahasa Pashton. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara menunggu kesnya selesai Usman diperintahkan untuk terus direman.

Usman didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dengan menyentuh payudara kanan mangsa di Kedai Runcit Wali di Kampung Warisan, Inanam pada 5 Februari lalu.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here