Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Isu bekalan elektrik Kampung Takis selesai April
Published on: Monday, March 09, 2026
Published on: Mon, Mar 09, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Isu bekalan elektrik Kampung Takis selesai April
ARMIZAN (tiga dari kiri) semasa membuat tinjauan terhadap pencawang elektrik baharu di Kampung Takis.
PAPAR: Pencawang elektrik baharu di Kampung Takis dijangka beroperasi sepenuhnya awal April ini sekali gus meningkatkan kestabilan bekalan elektrik kepada penduduk serta premis perniagaan di kawasan sekitar.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata pencawang baharu itu telah siap pada 26 Februari lalu dan kini dalam proses pemindahan beban daripada pencawang sedia ada kepada kemudahan baharu.

Advertisement
Menurutnya projek berkenaan dilaksanakan susulan aduan berterusan penduduk mengenai masalah voltan bekalan elektrik yang sering turun di bawah paras nominal 216 volt hingga menjejaskan rumah serta premis perniagaan di kampung tersebut.

“Situasi ini menyebabkan gangguan penggunaan elektrik harian dan dalam beberapa kes mengakibatkan kerosakan kepada peralatan elektrik termasuk risiko litar pintas yang membahayakan keselamatan serta boleh menjejaskan operasi perniagaan serta aktiviti harian penduduk.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kini proses pemindahan beban daripada pencawang asal kepada pencawang baharu yang siap bulan lalu dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada April depan sekali gus mengatasi masalah kesusutan bekalan elektrik di kawasan ini.

“Kemudahan baharu ini juga selepas ini mampu menampung peningkatan permintaan penggunaan elektrik yang semakin meningkat di kawasan ini dan saya berharap penduduk dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil khususnya menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan terhadap projek berkenaan sebelum menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid As-Sobirin Kampung Takis pada Sabtu.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata Sabah Electricity Sdn Bhd (SE) turut melaksanakan beberapa projek pembinaan pencawang elektrik baharu di beberapa kawasan dalam Parlimen Papar.

Advertisement
Menurutnya langkah berkenaan diambil bagi menangani isu gangguan bekalan elektrik yang ketara di beberapa lokasi malah beliau sendiri turun padang bersama kakitangan SE bagi meninjau pelaksanaan projek-projek itu dari semasa ke semasa.

Beliau turut memohon agar semua projek berkaitan dapat disegerakan bagi memastikan masalah bekalan elektrik dapat diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan bekalan elektrik sentiasa stabil untuk kegunaan rakyat.

“Pada tahun lalu empat pencawang elektrik baharu telah disiapkan dan mula beroperasi iaitu di Kampung Beringgis, Kampung Sekayan, Kampung Kawakahan dan Kampung Sagang,” katanya.

Armizan turut menggalakkan penduduk yang berdepan masalah bekalan elektrik supaya membuat aduan rasmi kepada SE atau Pejabat Parlimen Papar bagi membolehkan pemeriksaan lanjut serta tindakan segera dapat diambil.

Dalam masa sama beliau merakamkan penghargaan kepada syarikat utiliti itu di atas komitmen memastikan keperluan asas bekalan elektrik terus diberi perhatian.

“Usaha ini sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur asas demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here