KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api Datuk Seri Christina Liew memuji Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK) Datuk Susan Wong Siew Guen atas komitmen berterusannya menganjurkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa serta Majlis Makan Malam Penghargaan bagi meraikan wanita daripada 15 persatuan bernaung di bawah USCCAKK sejak 2019.
Wong menggerakkan Seksyen Wanita yang diketuai Tay Siew Hua untuk menganjurkan acara tahunan itu bagi tahun kelapan berturut-turut di Dewan Hakka Sabah pada Jumaat.
“Sepengetahuan saya Datuk Susan konsisten meraikan Hari Wanita Antarabangsa sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan wanita kepada masyarakat dan negeri sejak beliau menjadi Presiden USCCAKK pada 2019,” katanya.
Dalam ucapannya Wong turut mengiktiraf Liew sebagai seorang pemimpin wanita yang menonjol serta penerima Anugerah Wanita Paling Cemerlang 2024 oleh persatuannya sempena Hari Wanita Antarabangsa pada tahun tersebut.
“Datuk Seri Christina merupakan rakan lama dan penyokong kuat kepada Seksyen Wanita USCCAKK.
“Kami amat menghargai komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi,” katanya.