Kota Kinabalu: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Fairuz Renddan menegaskan bahawa kementerian itu tidak akan memberi ruang kepada penjual rokok haram di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), lebih-lebih lagi jika mereka mempamerkan “lagak samseng”.
“Kita akan banteras, kita akan usir semua dan kita tidak akan biar golongan samseng sebegini untuk jejak kaki, dan menjual rokok mereka yang sudah terang-terang dilakukan secara haram, di semua kawasan PBT, bukan cuma di Sandakan, tetapi seluruh negeri.
“Insiden malang yang berlaku di Sandakan itu adalah sesuatu yang amat tidak wajar dan mulai saat ini, saya dan kementerian mulakan tindakan lebih keras supaya samseng-samseng ini tiada ruang menjaja rokok haram mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.
Sebuah video tular di laman media sosial TikTok, dikongsikan oleh Sandakan Viral Kini, memaparkan seorang penguatkuasa dilaporkan cedera kerana dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki yang berlagak samseng.
Advertisement





