Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Motosikal baharu untuk enam wira ‘Train To Pangi’
Published on: Thursday, March 05, 2026
Published on: Thu, Mar 05, 2026
Text Size:
Text:
Motosikal baharu untuk enam wira ‘Train To Pangi’
Jamawi menyifatkan keenam-enam pemilik motosikal troli itu sebagai ‘wira tidak didendang’ yang sanggup berkorban harta mereka demi keselamatan guru-guru dan penumpang.
Tenom: Enam anak muda yang kehilangan motosikal troli selepas bertindak pantas membantu menghentikan kereta api yang mengalami kegagalan brek di Kampung Pangi baru-baru ini menerima khabar gembira apabila Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju menyumbangkan motosikal baharu kepada mereka.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Azrul Ibrahim.

Advertisement
Motosikal mereka musnah atau rosak semasa insiden terbabit.

“Mewakili keenam-enam anak muda terbabit, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan sumbangan ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas insiden tular yang digelar “Train To Pangi” itu, Jamawi berkata walaupun pelbagai versi cerita timbul, hakikat paling penting ialah tindakan berani enam pemilik motosikal troli terbabit.

Mereka meletakkan kenderaan mereka di atas landasan bagi memperlahankan kereta api yang gagal dikawal akibat masalah brek.

Advertisement
“Jika enam motosikal troli itu tidak diletakkan di landasan, kemungkinan bencana yang lebih besar akan berlaku apabila kelajuan kereta api tidak boleh dikawal oleh pemandu.

“Tahniah juga kepada pemandu kereta api yang tenang dan tidak panik mengawal keadaan. Kedudukan enam motosikal itu telah berjaya memperlahankan kereta api dan membolehkan pemandu mengawalnya,” katanya. 

Advertisement
Beliau menyifatkan keenam-enam pemilik motosikal troli itu sebagai ‘wira tidak didendang’ yang sanggup berkorban harta mereka demi keselamatan guru-guru dan penumpang.

Jamawi turut menitipkan kata-kata semangat kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi yang berada dalam kereta api ketika kejadian.

“Semoga anda tidak lemah semangat untuk terus mendidik anak bangsa di pedalaman. Saya bangga dengan anda semua.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here