Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Polis banteras acara lumba haram, tahan 11 di Keningau
Published on: Tuesday, March 03, 2026
Published on: Tue, Mar 03, 2026
By: Marutin Ansiung, Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Polis banteras acara lumba haram, tahan 11 di Keningau
KETIKA acara lumba lari itu sedang berlangsung.
KENINGAU: Polis melancarkan operasi bagi membanteras kegiatan lumba haram di jalan awam di sini pada Sabtu (28 Feb) dan membongkar aktiviti pertaruhan wang serta penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Garai berkata, Op Bersepadu yang dijalankan secara bersepadu dari jam 11.30 malam hingga 3 pagi (1 Mac) itu dilaksanakan susulan maklumat awam dan risikan yang diperoleh.

Advertisement
Beliau berkata polis turut memeriksa 130 individu dan 105 kenderaan di lokasi kejadian, sekali gus mengesan disyaki berlaku penggunaan methamphetamine dan air ketum.

“Operasi itu melibatkan 36 pegawai dan anggota daripada beberapa unit,” katanya sambil menambah seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Antara mereka yang ditangkap.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
10 lagi lelaki turut ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Sebanyak 25 saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Advertisement
Yampil berkata polis sentiasa menyokong program sukan yang dirancang dengan baik serta mendapat kelulusan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, dalam kes ini, aktiviti tersebut dijalankan di jalan awam tanpa kebenaran dan melibatkan unsur perjudian serta penyalahgunaan bahan terlarang,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata jalan awam merupakan infrastruktur yang dikongsi bersama dan sebarang aktiviti yang mengganggu kelancaran trafik atau menimbulkan risiko keselamatan adalah satu pelanggaran undang-undang.

“Tindakan yang diambil adalah berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya, menambah operasi itu juga bertujuan mencegah kemalangan, penyalahgunaan bahan serta normalisasi aktiviti tidak sihat dalam kalangan golongan muda.

Yampil berkata polis komited melaksanakan tugas secara profesional, berhemah dan tanpa berat sebelah bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.

Beliau turut menggesa ibu bapa dan komuniti setempat supaya memantau aktiviti anak-anak dengan lebih rapi bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam kegiatan jenayah yang boleh menjejaskan masa depan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here