Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Makanan, keperluan lain cukup buat mangsa banjir: Jamawi
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Makanan, keperluan lain cukup buat mangsa banjir: Jamawi
Sambil menyifatkan bencana kali ini sebagai banjir terburuk yang melanda daerah berkenaan sejak 2014, Jamawi mengakui ia memberi cabaran yang amat perit buat penduduk, apatah lagi musibah itu berlaku pada bulan Ramadan.
Tenom: “Kalau tiada makanan buat mangsa banjir di sini, saya yang salah,” kata  Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar memberikan jaminan makanan dan keperluan lain akan diberikan kepada mangsa banjir di sini.

Bergerak bersama pasukannya dan Kelab 4x4 Tenom sejak beberapa hari lalu meredah banjir di Tenom, yang merupakan kawasan paling teruk terkesan kali ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap itu pergi ke pusat pemindahan sementara (PPS) memberikan bantuan tersebut.

Advertisement
Mengungkapkan kata-kata jaminan itu sebagai tanggungjawab kepada mangsa banjir ditemuinya di PPS, beliau berkata kerajaan negeri mengutamakan kebajikan mangsa banjir, khususnya membabitkan keperluan bekalan makanan sepanjang mereka berada di PPS mahupun selepas dibenarkan pulang kelak.

“Selain memastikan tiada mangsa yang kelaparan di pusat pemindahan, kita juga mengedarkan bantuan bakul makanan tambahan kepada setiap keluarga sebaik sahaja mereka dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas mengenai cabaran operasi penyampaian bantuan, Jamawi berkata kerosakan dan penutupan jalan utama berikutan banjir sama sekali tidak menghalang usaha pasukannya untuk menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa.

Beliau berkata dengan kerjasama erat daripada Kelab 4x4 Tenom, pasukannya berjaya meredah laluan alternatif bagi menghantar bekalan makanan ke PPS yang sebelum ini terputus hubungan.

Advertisement
“Oleh kerana laluan utama masih tidak boleh dilalui, kita menggunakan jalan alternatif seperti laluan Pusat Kuliah Murut, Batu Kelamba, Entabuan dan Lagud Seberang bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Jamawi turut mengarahkan semua agensi di bawah kementeriannya untuk segera turun padang bagi membuat penilaian kerugian dan kerosakan tanaman serta sektor pertanian yang terjejas akibat bencana terbabit.

Advertisement
Beliau berkata penilaian berkenaan tidak hanya tertumpu di kawasan Melalap, malah turut merangkumi kawasan lain yang dilanda banjir termasuk Kemabong, Sipitang, Membakut, Tongod dan kawasan lain yang terjejas banjir.

Sambil menyifatkan bencana kali ini sebagai banjir terburuk yang melanda daerah berkenaan sejak 2014, beliau mengakui ia memberi cabaran yang amat perit buat penduduk, apatah lagi musibah itu berlaku pada bulan Ramadan.

Justeru, Jamawi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam, pegawai daerah, petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sukarelawan atas dedikasi mereka bertungkus-lumus memindahkan dan menempatkan mangsa di PPS.

Selain itu, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin turut bergerak bersama jenteranya menyampaikan bantuan banjir yang menyeluruh merangkumi keperluan asas, makanan dan sokongan logistik ke PPS bagi memastikan kebajikan mangsa banjir di daerah ini terpelihara.

Beliau berkata misi bantuan tersebut digerakkan secara bersepadu dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kemabong, Pejabat Daerah Kecil Kemabong, Jabatan Kebajikan, pemimpin Zon Kemabong Seberang serta Gerakan Anak Muda P.181 Tenom.

“Bantuan awal telah disalurkan ke pelbagai PPS yang menempatkan mangsa dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan DUN Kemabong, termasuk di Mukim Kuala Tomani bagi memastikan keperluan mangsa yang terjejas sentiasa mencukupi.

“Selain mangsa banjir, keprihatinan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan apabila bekalan air mineral dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Tomani dan Balai Polis Kuala Tomani bagi kegunaan mereka,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here