Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Dua bot ditahan langgar syarat lesen
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua bot ditahan langgar syarat lesen
TANGKAPAN dan rampasan dari dua bot terbabit.
TAWAU: Dua bot ditahan pada Khamis kerana melanggar syarat lesen dan membawa muatan tanpa permit sah.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau membuat tangkapan itu semasa operasi bersepadu termasuk Op Sejahtera, Op Pluto Timur dan Op Tiris. 

Advertisement
Pengarahnya Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata bot pertama ditahan pada jam 2 pagi melibatkan sebuah bot vesel nelayan tempatan kerana menunda pukat pada jarak kurang daripada dua batu nautika dari daratan, iaitu kira-kira 1.7 batu nautika selatan Batu 3.

Walaupun empat kru lelaki warga Indonesia berusia di antara 34 hingga 44 tahun memiliki dokumen pengenalan diri dan lesen perikanan yang sah, semakan lanjut mendapati vesel berkenaan melanggar syarat lesen kerana menangkap ikan di bawah jarak yang dibenarkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, tidak sampai sejam kemudian pegawai penguatkuasa menangkap sebuah bot kargo yang membawa 12 tong gas petroleum cecair (LPGO tanpa permit pada kedudukan 2.1 batu nautika selatan Batu 3.

Juragan tempatan berusia 27 tahun gagal mengemukakan permit membawa tong gas LPG dan didapati namanya tiada dalam daftar lesen bot, yang melanggar syarat sah lesen ditetapkan pihak berkuasa.

Advertisement
Nilai rampasan termasuk bot, enjin muatan dianggarkan berjumlah hampir RM85,000.

Kesemua individu bersama bot dan muatan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Advertisement
Ariffin berkata Maritim Malaysia akan meningkatkan operasi penguatkuasaan khususnya menjelang musim perayaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman perairan sentiasa terpelihara. 

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau (089-750116) atau talian kecemasan 999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here